TAULIAH DAN SEKATAN
Dalam Malaysia ni banyak sangat sekatan. kalau sekatan itu untuk membasmi pelacuran, perjudian, penjualan arak, disko dan kelab malam takpelah jugak tapi sekatan digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik. Tauliah dalam Malaysia digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyekat agama daripada berkembang. Yang peliknya ulama dalam kerajaan taat melulu untuk menyokong penyekatan ini, pada hal mereka-mereka ini tahu perbuatan menyekat ini salah tapi mengapa ianya berlaku juga cubalah kita fikir-fikirkan. Adakah kerana wang atau kedudukan? Dalam hal ini saya tabik hormatlah bekas mufti Selangor dulu. Beliau sanggup meletakkan jawatan demi kebenaran.
Bekas Mufti Perlis Datuk Asri pernah di tangkap kerana mengajar agama di Selangor dengan alasan tidak mempunyai tauliah. Penangkapan ini dipimpin oleh Datuk Khusrin sendiri. Apa hukum orang yang menghalang dakwah Islamiah dari berkembang? Jawablah sendiri.
Cuba lihat kegiatan ini pula, kenapa diam membisu? Ada beranikah mahu halang? Tentu termasuk kecut sipolan tu.
Sepatutnya acara-acara sebigini yang perlu dipandang serius. Perlu kekuatan rohani untuk menegur ketua yang tersilap jalan.
Acara maksiat berkembang begitu pesat semasa pemerintahan UMNO. Perkara seperti ini perlu ada kekuatan untuk dihentikan. Tidak perlu kepit kitab ke hulu ke hilir sedangkan maksiat berleluasa semasa anda berkuasa. Fikir-fikirkanlah wahai tuan-tuan haji.
Pihak-pihak berkepentingan pula memberi mandat menyokong kegiatan ini. Bagaimana maksiat di Malaysia boleh terhapus kalau begini? Bagaimana rakyat mahu meletakkan kepercayaan kepada anda untuk menerajui negara ini? Ulama-ulama perlu ada keberanian untuk membasmi kegiatan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan