PEMIMPIN KETANDUSAN IDEA
Malaysia sesungguhnya amat malang kerana mendapat pemimpin seperti ini. Rakyat ibarat mentimun dan kerajaan ibarat durian, menggelek luka tergelek pun luka. Cuma Allah saja tempat mengadu.Kalau nak melawan secara pilihan raya SPR pula menipu. Nak melawan dengan kekerasan mereka gunakan polis pada hal polis pun hidup susah juga. Nak melawan menggunakan undang-undang mahkamah mereka punya pada hal kerana dan peon pun hidup susah juga. Baik polis, spr mahu pun mahkamah semuanya menurut perintah saja. Apa saja Raja Brook suruh semuanya ikut. Kalau tak ikut pangkat tak naik, gaji tak dapat melintang dan menegak. Tiap-tiap hanya mendatar saja.
Bos-bos pulak sudah jadi BONGSAI. Sikit-sikit bersumpah, sikit-sikit bersumpah. Sumpah laknatlah yang tak laknatlah. Meriahlah masjid dan surau seketika, yang tak reti mengucap pun bersumpah. Apa nak jadi dengan Malaysia ni.. Baiklah tak payah adakan pilihan raya lagi baik. Istihar saja kemenangan dalam TV3 kan senang.
MEREKA-MEREKA INI ADALAH ORANG KUAT NAJIB
![]() |
ORANG KUAT MAHKAMAH |
![]() |
ORANG KUAT JAKIM |
![]() |
ORANG KUAT PILIHAN RAYA |
![]() |
ORANG KUAT FRU |
Mereka tahu masyarakat cina ramai yang menyokong pakatan rakyat. Ini sangat-sangat tidak menyenangkan UMNO. Maka beberapa helah terpaksa dilakukan supaya UMNO boleh duduk di atas singgahsana.
INI LAGI SORANG ORANG KUAT NAJIB
Baru-baru ni dia cadangkan supaya Jemaah haji berpakaian baju melayu semasa mengerjakan haji. Pelklah pulak kalau yang pakai tu kulit sawo mateng takpelah jugak.
Oleh sebab mahkamah Malaysia tidak dapat menyelesaikan masalah pilihan raya Malaysia, maka para peguam mewujudkan tribunal rakyat. Saksi-saksi penting dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kecurangan-kecurangan pilihan raya. Tujuannya supaya rakyat tahu dan dapat buat penilaian terhadap funsi-fungsi SPR. Padanlah pilihan raya ditangguh-tangguh begitu lama, rupa-rupanya segala gerak kerja penipuan belum lagi siap. Kalau sudah siap pun checklist mesti dilakukan supaya kerja-kerja Nampak bersih dan jawapan-jawapan dapat dilakukan dengan tuntas. Saya agak aje kalau salah jangan marah. Begitulah adanya.
Alkesah tersebutlah kesah sigadis kecil molek dari Mongolia. Lahirnya di Mongolia tapi matinya di Malaysia. Berbagai persoalan timbul, siapa, kenapa, bagaimana, semua ceritanya tidak jelas. Kes pembunuhan ada, C4 pun ada, yang bawa pergi pun ada tapi pembunuhnya takde. Maka rahsianya tetap tersimpan rapi. Siapa yang menyimpan dan siapa yang bersekongkol dengan penyimpan tanggunglah dosa dan bawalah segala amalan ini untuk dipersembahkan kepada yang maha kuasa kelak. Di dunia ni selamat tapi di sana nanti baru tau. Orang yang menjuarai penentangan mazhab Syiah yang gagah perkasa di hadapan bosnya pun kaku, kelu dan membisu tak terkata apa pun tapi kalau fasal memfitnah saudara Anwar, pergh..... semua jadi juara.
Sekianlah sekadar keluhan dari seorang insan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan