Ahad, 15 Disember 2013

 
ABDUL RAZAK DALAM KENANGAN
 

Monday, August 27, 2007

ABDUL RAZAK AHMAD DALAM KENANGAN

(Ucapan Norman Fernandez di Majlis Mengenang
Abdul Razak Ahmad pada 26hb Ogos 2007
Hotel Selesa, Johor Bahru)

Hadirin yang dihormati,

Hari ini genaplah tiga minggu pemergian Sdr Abdul Razak Ahmad ataupun lebih dikenali dengan panggilan Razak Ahmad. Sdr Razak Ahmad yang lahir pada 6hb Jun 1939 menyahut seruan Allah pada hari Ahad 12hb Ogos 2007.

Hari ini kita bersama-sama rakan-rakan kenalan dan sahabat Razak Ahmad berhimpun dimajlis peringatan ini untuk mengimbas kembali dan mendengar coretan perjalanan hidup serta perjuangan politik Sdr Razak Ahmad. Hari ini kami berhimpun untuk memberikan penghormatan terakhir kepada seorang insan yang cukup dihormati dan disanjung ramai.

Bagi pihak DAP Negeri Johor, izinkan saya untuk menyampaikan rasa takziah kepada isteri Sdr. Razak Ahmad, Pn Kintan Mohd Amin, anak-anaknya Zulkifli, Juliah, Faizal dan Azlina diatas pemergiannya.

Hadirin,

Saya berasa sungguh bertuah kerana dapat mengenali Sdr Razak Ahmad secara peribadi. Sdr Razak Ahmad seperti saya adalah peguam yang menjalankan amalan guaman di Johor Bahru. Sdr Razak Ahmad adalah graduan Undang-Undang dari Universiti Singapura dan diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 10hb September 1973.

Sebagai peguam, beliau terkenal sebagai sebagai seorang yang beretika apabila menjalankan tugas dan mendapat penghormatan bukan sahaja dari peguam yang lain tetapi juga dari hakim-hakim. Beliau menjadi pembela kepada yang tersisih dan tertindas. Beliau pernah membela orang-orang kampung kawasan Gelang Patah yang kehilangan tanah dibawah Akta Pengambilan Tanah dan pernah mengingatkan orang-orang Melayu di Gelang Patah agar jangan tergoda dengan habuan yang ditaburkan untuk tanah-tanah mereka. Suatu hari “apabila wang yang diterima kamu hari ini habis, kamu akan insaf dengan tindakan silam kamu. Tanah orang Melayu yang terlepas takkan kembali.”

Sekali lagi apabila Wilayah Pembangunan Iskandar di lancarkan, Sdr Razak Ahmad mengingatkan orang Melayu kepada apa yang terjadi di Gelang Patah dahulu untuk dijadikan iktibar. Pernah suatu hari semasa saya berbincang dengan Sdr Razak Ahmad tentang WPI, beliau dengan nada sayu meluahkan, jika orang Melayu tidak sedar, WPI akan melihat kepada kehilangan lebih banyak tanah orang Melayu. Masanya akan datang bila orang Melayu tidak akan memiliki tanah. Peringatan kepada nama “Tanah Melayu” akan hanyalah kepada peninggalan silam yang terukir pada koc Keretapi Tanah Melayu. Semoga rakyat di WPI mengambil iktibar dari amanat Sdr Razak Ahmad.

Sebagai orang politik, saya mula mengenali Sdr Razak Ahmad secara terdekat semasa kemelut politik sekitar tahun 1998. Namun perjuangan politiknya sudah bermula ketika Sdr Razak Ahmad menuntut di Universiti Singapura tahun. Idealisme dan semangat untuk berkhidmat kepada rakyat membuatnya menceburkan diri dalam Parti Rakyat dan di penghujung hayatnya beliau bersama dengan Parti Keadilan Rakyat. Apa yang boleh diperhatikan ialah kepercayaan dari awal lagi kepada konsep multiculturalism.

Walaupun berkali-kali Sdr Razak Ahmad bertanding dalam pilihanraya namun tuah kemenangan tidak memihaknya. Paling dekat ialah pada tahun 1986 apabila Sdr Razak Ahmad kalah di DUN Tanjung Puteri dengan 22 undi dan kemudian kesahihan keputusan ini telah dicabarnya di Mahkamah yang akhirnya memutuskan bagi pihak Sdr Razak Ahmad. Dalam pilihanraya kecil Sdr Razak Ahmad sekali lagi kalah dengan hanya 31 undi.

Hadirin,

Sdr Razak Ahmad akan dikenali sebagai seorang insan biasa yang sedia kedepan dan berani berdiri bersama rakyat yang tersisih dan tertindas. Sdr Razak Ahmad menabur budi membela nasib rakyat tanpa memikir tentang ganjaran peribadi mahupun keselesaan diri untuknya. Bayangan hukuman undang-undang sama sekali tidak mengoyahkan perjuangannya.

Sehingga hari ini ramai masih memperkatakan bagaimana pada tahun 1974 Sdr Razak Ahmad menunjukkan solidaritinya bersama dengan hampir 200 warga setinggan yang kehilangan tanah dirampas pihak berkuasa dan berkhemah bersama mereka di perkarangan Bukit Timbalan. Sdr Razak Ahmad ditangkap dan ditahan dibawah ISA dan kemudiannya diletakkan dibawah Restricted Residence selama dua tahun. Kesalahannya hanyalah kerana tampil membela nasib warga setinggan Tasek Utara.

Bagi ramai, tahanan dalam ISA sudah cukup untuk melunturkan semangat politik. Tetapi bukan bagi Sdr Razak Ahmad. Semangat menegakkan keadilan tetap berkobar dan keinginan berjasa untuk insan tertindas tetap disanubari.

Pada tahun 1986, melihat kepada kekejaman Zionis terhadap rakyat malang Palestin dan untuk menarik perhatian kepada ketidakadilan di bumi Palestin, Razak Ahmad membantah kedatanganan Presiden Israel Chaim Herzoq ke Singapura. Beliau memberanikan diri berbaring di landasan keretapi Johor Bahru untuk menghalang tren KTM menghala ke Singapura. Razak Ahmad membuat sedemikian bukan untuk meraih publisiti murahan tetapi untuk membuka mata rakyat dan dunia kepada keperitan rakyat Palestin dan menghantar mesej kepada rakyat Palestin bahawa masih ada yang bersamamu.

Sekali lagi pada tahun 1995, Sdr Razak Ahmad menjadi perhatian.
Pantai dan laut adalah kurnia tuhan untuk manfaat rakyat. Tetapi pihak berkuasa apabila ditaburkan ringgit dan janji indah sanggup memfaraidkan persisiran pantai Lido kepada pemaju mengunakan alasan kononnya ingin melaksanakan pembangunan tepi pantai pada hal pembangunan sebelah pantaipun belum terlaksana.

Sdr Razak Ahmad mengambil tindakan untuk mencabar keputusan pihak kerajaan Negeri dan menyaman Majlis Bandaraya Johor Bahru. Malangnya Sdr Razak Ahmad bukan sahaja tidak berjaya dan dipaksa membayar kos tetapi lebih memilukan ialah hakim kes dalam penghakimannya menyelar Sdr Razak Ahmad sebagai “tukang sibuk”.

Kini apabila rakyat melalui tepian jalan pantai Lido kita boleh lihat melihat bagaimana cerucuk-cerucuk besi menjadi mercu tanda projek terbengkalai.
 
Saudara Razak Ahmad pernah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri dan pernah menjadi Timbalan Pengarah Tanah dan Galian. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Kerja FELDA dan pada masa itu Pengerusinya ialah Tan Sri Musa Hitam.

Hadirin, bolehlah bayangkan dengan jawatan-jawatan tinggi yang dipegangnya berpeluang untuk Sdr Razak Ahmad menikmati hidup yang lebih senang sememangnya sudah terbentang luas. Kontrak-kontrak kerajaan senang di bolotnya, menjadi Pengarah Syarikat-syarikat papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur bukannya sukar. Pinggat Datuk dan Tan Sri hanya menanti masa. Malah menjadi seorang menteri tidak begitu mustahil.

Namun, untuk menghirup dunia senang lenang hanya boleh jikalah Razak Ahmad mengabdikan diri kepada wang ringgit dengan menutup mata kepada kesemua ketidakadilan, jika Razak Ahmad sanggup bersekongkol dengan ahli politik tidak bermaruah dan memekakkan telinga kepada ratapan rakyat dan jikalah Razak Ahmad sanggup membisu dan tidak membicarakan rentetan rakyat biasa dan sedia menjadi pak turut mengipas punggung si politikus keparat.

Malah dizaman serba senang ini, bukan senang untuk mencari peguam yang sanggup berjuang bersama barisan alternatif membela rakyat yang tertindas kerana takut-takut disenarai hitam dan tidak diletakkan dalam panel bank dan pemaju.

Tetapi Sdr Razak Ahmad bukan orang sedemikian yang boleh dipancing dengan wang, jawatan dan pangkat. Kerana itulah sepanjang hayatnya dan sehingga Sdr Razak Ahmad menghembuskan nafas terakhirnya Sdr Razak Ahmad melaksanakan perjuangan politiknya yang penuh dramatis dan penuh pengorbanan dengan caranya yang tersendiri. Prinsip pegangan hidupnya dan prinsip perjuangannya hanyalah satu untuk rakyat dan hanya untuk rakyat.

Benarlah bak kata ungkapan Melayu lama seperti yang terpapar dalam kad jemputan ke majlis ini “harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama”.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua.

Budi dan jasa Sdr Razak Ahmad Budi akan tetap dikenang.

Dalam majlis terakhir Workshop Hak-Asasi Manusia anjuran Badan Peguam Johor pada bulan Julai 2007 Sdr Razak Ahmad selepas menceritakan pengalaman politik dan kepeguaman telah memberi nasihat “ I would urge young lawyers to come forward together with senior lawyers whenever you see abuses and take it up”.

Hari ini, Badan Peguam telah kehilangan seorang yang tidak gentar membela yang teraniaya. Hari ini politik pembangkang kehilangan seorang yang lantang bersuara berani berjuang. Hari ini Malaysia kehilangan seorang patriot.

Percayalah, wahai Sdr Razak Ahmad, kamu telah berusaha dengan sebaiknya dan sudahpun sampai di garis akhir. Bersemadilah sahabatku Sdr Razak Ahmad dalam kedamaian abadi.
Norman Fernandez
25hb Ogos 2007


 


Khamis, 12 Disember 2013

KONSPIRASI TERHADAP DUNIA ISLAM MASIH TERUS BERJALAN
Dengan nama Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah dan orang-orang yang mengikutinya;
Zionis berada di sebalik agenda pemecahan paling serius abad kedua puluh ini.
 
Salah satu alasan atau sebab terjadinya perang Ahzab adalah bersatunya suku-suku Arab yang memusuhi Islam di bawah pimpinan Quraisy untuk memusnahkan agama Islam dan pengikutnya. Bermula dari peristiwa rombongan warga Yahudi Madinah yang dipimpin oleh Huyay bin Akhtab keluar dan menuju ke Mekah dan negeri-negeri di Semenanjung Arab, untuk menghasut Quraisy dan suku-suku yang lain supaya memerangi kaum muslimin, mengepung dan menghancurkan mereka.
 
Peranan yang sama juga telah dilakukan oleh Dr. Bernard Lewis, Seorang Zionis berwarganegara Amerika dan berbangsa Inggeris, kini seorang profesor di Universiti Princeton Amerika, memiliki kepakaran dalam bidang sejarah kumpulan-kumpulan Islam dan sangat terkenal permusuhannya terhadap Islam dan umat Islam. Beliau telah menyerahkan draf rancangan / agenda / gagasannya untuk pemecahan Negara-negara Islam, lalu diambil oleh Inggeris dan Amerika sebagai asas politik mereka di wilayah tersebut sejak tahun 1980.
 
Ketika meletus perang Iran-Iraq, penasihat keamanan negara, “Brezinski” di zaman Presiden “Reagan,” menjelaskan bahwa dilema yang akan ditanggung Amerika mulai dari sekarang (1980); ialah bagaimana menggerakkan perang Teluk kedua sebagai kesinambungan perang Teluk pertama yang mana Amerika mampu membetulkan sempadan yang dibuat melalui perjanjian “Sykes – Picot” (1916)?!.
 
* Ekoran dari kenyataan Brezinski ini, Bernard Lewis mulai meletakkan draf atau agendanya yang terkenal dan khusus; memecah belah negara-negara Arab dan Islam, dan mencerai-beraikan negara-negara tersebut menjadi kumpulan yang terpisah dan Negara-negara berdasarkan etnik, agama dan mazhab . Beliau turut melampirkan agendanya secara terperinci dalam bentuk peta yang disusun di bawah kelolaannya, mencakupi semua negara-negara Arab dan Islam yang dijadikan sasaran pemecahan mengikut inspirasi kenyataan Brezinski.
 
* Pada tahun 1983 dalam satu sidang tertutup, Kongres Amerika dengan sebulat suara menyetujui draf atau agenda “Bernard Lewis “. Dengan itu selesailah proses menyakinkan agenda ini, mengesahkan dan menyematkan ke dalam senarai strategi politik Amerika. Sejak dari itu bermula gerakan mempromosikan idea negara Timur Tengah, untuk menggantikan negara-negara Arab dan Islam, dan menanggalkan identiti Arab dan Islam mereka dari Negara tersebut.
 
Agenda penguasaan ke atas dunia Islam 
 
Melalui kelemahan pertubuhan Arab, kekuatan penguasaan memainkan peranan memanipulasi nasib bangsanya, dan mencari helah untuk melakukan perpecahan dan pengkaburan identitinya. Oleh kerana itu gagasan yang dicadangkan kadangkala dengan sebutan Timur Tengah baru dan kadangkala dengan sebutan Timur Tengah Raya, yang bermatlamat untuk melenyapkan identiti bangsa Arab dan Islam, dan membuka pintu untuk mengukuhkan regim Zionis Israel dan memperakui dari segi perundangan sebagai sebahagian dari negara yang sah di wilayah tersebut.
 
“Timur Tengah Baru” merupakan idea yang dicetus oleh Zionis, “Shimon Peres”, dan “Timur Tengah Raya” telah dikembangkan Amerika semasa pemerintahan Presiden Bush selepas peristiwa 11 September. Setelah itu muncul idea penggabungan Euro-Mediteranian untuk membentuk pintu yang lain, dan terakhir muncul idea dari Presiden Peranchis Nicolas Sarkozy pada tahun 2007 dengan gagasannya “Uni Mediteranian” yang menggabungkan 43 negara, termasuk 9 negara-negara Arab, di samping regim Zionis Israel.
 
Mengapa konspirasi pemecahan bermula di negara Sudan? 
 
Sudan merupakan salah satu negara-negara Arab yang luas dan berada dalam tubuh Afrika. Sudan mempunyai keistimewaan tersendiri berupa kedudukan strategik dalam lipatan sejarah dan masa yang akan datang, iaitu menjadi laluan Arab dan Islam menuju ke Afrika sama ada secara politik, geografi dan budaya, dan merupakan jambatan melintasi dua peradaban Islam dan Afrika kerana lokasi yang strategic dari segi geografi. Berdasarkan komposisi penduduk di mana Sudan terdiri dari penduduk pelbagai etnik dan bangsa; Arab dan Afrika. Justeru seruan untuk memecahkan Sudan dan membahagikan kepada dua negara merupakan inisiatif Barat dan Zionis Israel yang akan menjadi batu penghalang antara dunia Islam dan Arab dan rakyat benua Afrika, kerana telah diketahui dari segi sejarah, Sudan sejak menerima Islam menjadi jambatan yang menjadi laluan budaya Arab dan Islam ke seluruh negara-negara Afrika. Tertegaknya negara di bahagian selatan akan mengancam kesatuan ini.
 
Barat juga berharap – jika Sudan terpecah- akan berlaku rampasan kuasa yang penting di dalam suasana yang strategik di daerah sekitarnya, kemudian di Afrika Tengah dan Tanduk Afrika, dan seterusnya dalam menguasai Laut Merah.
 
Persiapan untuk memisahkan Sudan Selatan
 
Semasa kunjungannya ke Sudan, Naib Presiden Amerika(John Biden) mengumumkan keazaman Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Negara Sudan Selatan sekiranya keputusan akhir referendum memutuskan untuk berpisah. Perkara ini dilengkapkan lagi dengan perisytiharan Rusia dan China akan mengiktiraf sama. Hal ini seolah-olah memberikan gambaran wujudnya persepakatan di peringkat antara bangsa terhadap pemisahan itu. Amerika dan Zionis sangat mengharapkan ia terjadi sehingga sekalipun hasil referendum itu tidak sesuai dengan kehendak mereka. Itulah yang terjadi di Iraq. Dan Negara-negara lain memainkan peranan mencetuskan senario yang sama. Boleh jadi kenyataan terbaru Obama bahawa, jika tidak ada referendum, maka akan ada jutaan penduduknya yang terkorban, membayangkan seolah-olah dia telah mempersiapkan penyembelihan besar-besaran di daerah selatan.
 
Dalam pada itu akhbar (Washington Times) menegaskan bahwa Amerika memberikan sokongan kewangan setiap tahunnya dengan nilai billion dolar kepada Selatan Sudan, dan dana yang besar ini digunakan untuk melatih pasukan keamanan, dan pembentukan apa yang dinamakan sebagai pasukan yang mampu melindungi wilayah.
 
Ancaman pasca-pemisahan 
 
Ada pelbagai ancaman keamanan, politik dan ekonomi yang dijangkakan akan berlaku. Antaranya:
  1.  Perang antara utara dan selatan kerana pertikaian tentang garisan persempadanan wilayah “Abyei” yang kaya minyak, belum selesai.
  2. Implikasi yang berlaku dari pemisahan ialah muncul gerakan pemberontak di Darfur selatan, Kordofa Selatan, Nil Biru dan Sudan timur.
  3. Peningkatan tekanan antarabangsa terhadap Sudan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dan perlindungan hak asasi manusia bertujuan mendesak dan memperhebatkan tekanan ke atas kerajaan Sudan supaya melayan tuntutan gerakan pemberontak yang lain pula.
  4. Menyusutnya pendapatan Kerajaah Sudan dari hasil minyak di selatan, di mana sekarang mencapai 80%. Penyusutan ini akan menyebabkan timbul masalah yang besar di Sudan Utara.
  5. Risiko terhadap air yang mengalir di sungai Nil yang kuotanya lebih besar untuk Mesir iaitu 55 billion meter padu untuk Mesir, dibandingkan dengan 18 billion meter padu untuk Sudan; iaitu pengagihan yang ditolak oleh gerakan pemberontak di Sudan selatan, dan menganggap bahawa kuota Mesir sangat besar. Justeru mereka menuntut kesepakatan baru, di samping mereka ingin menjual air Nil dan mengambil keuntungan daripadanya. Mereka pasti akan berusaha – dibantu oleh Israel dan Amerika – untuk membina empangan untuk menahan air dan melakukan kawalan; yang akan mengakibatkan kerugian besar di pihak Mesir, terutamanya selepas mengalami kekurangan sumber air dan peperangan merebut air.
Lalu apakah yang berlaku selepas Selatan Sudan?
 
Pemisahan Sudan selatan akan menjadi langkah awal dalam sebuah agenda untuk mengubah peta wilayah. Untuk tujuan supaya tidak nampak seperti konspirasi Zionis – Amerika saja, maka usaha untuk mendirikan Negara kecil Palestin akan menjadi sebahagian daripada agenda mengubah peta wilayah ini, supaya kewujudan Negara haram Zionis memperolehi keabsahan dari sudut perundangan dan membenarkan Zionis terlibat dalam semua urusan di wilayah ini. Dan ini bererti istilah Zionis sebagai musuh dihilangkan dan sebagai gantinya di dizahirkan dalam bentuk Negara Yahudi yang diterima dan diakui di wilayah tersebut. 
 
Setelah munculnya Negara Sudan Selatan mungkin dapat memperakui di sisi undang-undang pemecahan Palestin, dan diikuti pemecahan negara Iraq sebagai langkah berikutnya, baik sebelum atau setelahnya; dan usaha untuk memisahkan Selatan Yaman dari utara mampu memperolehi momentum politik yang lebih besar, dan selama semua orang merasa bahwa ia dapat berinteraksi dengan munculnya regim-regim baru, kerana ia dapat menular ke negara-negara lain.
 
Harapan terletak pada pertolongan Allah 
 
Biarpun apa yang berlaku terhadap umat Islam di Sudan, Palestin, Iraq, Yaman, Kashmir, China, Chechnya dan lain-lainnya di serata pelusok bumi ini, namun keyakinan dan kepercayaan kita terhadap pertolongan Allah akan memudahkan kita dan memotivasi kita untuk tetap bekerja keras dan bersungguh-sungguh sebagai sebab atau alasan dalam meraih kemenangan, Allah swt berfirman bermaksud:
 
“Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad:7)
 
Kesatuan Islam dan Arab sekarang merupakan satu-satunya jalan penyelesaian, untuk dapat membela agama, tempat-tempat suci, jiwa dan kehormatan mereka, bahkan negara dan harta kekayaan mereka, sehingga mereka dapat hidup dan menghadapi pakatan politik dunia, ketenteraan, ekonomi, dan kekejaman sistem dunia baru dengan baik.
 
Justeru, dengan kesatuan akan dapat mengembalikan martabat dan keunggulan peradaban mereka, dan memiliki kekuatan antarabangsa yang besar yang memungkinkan mereka mempunyai kemampuan untuk menghalang serangan ganas yang bertali arus ke atas mereka, seolah-olah kita melihat para pelahap sedang berebut mengambil makanan di pinggan kita, kerana menganggap kita sebagai mangsa yang lemah dan mudah diratah dek kerana perpecahan yang membelenggu kita.
 
Oleh sebab itu, marilah kita bersatu dan bekerja bersama-sama; dimulai dari rakyat, kerana merekalah pemilik keputusan, kemudian kita nantikan janji Allah berupa kemenangan dan kejayaan.
 
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan aku. dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik”. (Maksud An-Nuur:55)
 
“Sesungguhnya Kami menolong Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat)”. (Maksud Al-Mu’min:51)
 
“Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah Sebaik-baik pembalas tipu daya”. (Maksud Al-Anfal:30)
 
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan”. (Maksud Al-Anfal:36)
 
“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Maksud Yusuf:21)


Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 22-10-2010

Jumaat, 29 November 2013

ANTARA KAFIR DAN ISLAM
DAN ANTARA INGKAR DAN TAAT
 
Perlakuan yang bagaimana seharusnya manusia lakukan. Tidakkah kita punya buku panduan yang diturunkan untuk kita? Nabi besar kita telah berkata bahawa aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan sekiranya kamu ikuti dia nescaya kamu tidak akan sesat iaitulah alquran dan alhadis.
Peristiwa ini telah menggemparkan negara Malaysia dan seantero dunia.Peristiwa ini sangat memalukan kerana kematiannya tidak terbela oleh sebuah Negara yang mendabek dada terhadap keislamannya. Setiap pembunuhan pasti ada pelakunya tetapi pelakunya terlepas begitu saja.

 

Peristiwa ini berlaku di Bukit Katil Melaka semasa PRU13 dulu. Belia-belia ini didalangi oleh pihak tertentu supaya mengganggu ceramah pakatan rakyat. Inilah demokrasi Malaysia.
 
 
 Ini adalah presiden Iran yang berfahaman syiah. Kelihatannya seorang wanita ingin bersalam dengannya tapi beliau hanya menundukkan kepalanya saja sebab beliau tahu batasan pergaulan dalam islam.
 
 
Ini pula seorang ulama yang menganut fahaman Sunni di Malaysia. Bersalaman dengan lelaki bukan muhrim tanpa berlapek.
 
 

Lelaki ini pula adalah dari kumpulan perkasa yang terkenal dengan keperkaumannya tetapi dia sendiri pun bukan melayu. Kelihatan dia menunjukkan selipar kepada YB Lim  Ketua Menteri Pulau Pinang. Apakah panggilan yang sesuai untuk orang-orang seperti ini?
 
 
 Tarian ini adalah tajaan Wanita Umno Malaysia. Inilah Negara Islam yang dibangga-banggakan.
 
 
 
Yang ini pula tarian juga nampaknya KJ dan Hisham pun ada juga.
 
 
 
Awek BN sungguh mempesona. macam ala-ala K-Poplah pulak.
 
 
lagi 
 
dan lagi
 
Baru-baru ini telah diberitahu ada 81 kumpulan ajaran sesat termasuk SYIAH. Tak taulah pulak kalau-kalau yang ini termasuk dalam kumpulan tersebut. Wallahu 'Aklam. Fikir-fikirkanlah sendiri.
 
 
Casino Genting tempat perjudian terbesar Malaysia

 









Ahad, 20 Oktober 2013

ORANG MELAYU PERTAMA YANG MEMELUK AGAMA ISLAM
Peta di atas menunjukkan kedudukan negara kota
Malayu dan empayar Srivijaya di Kepulauan Sumatera.
 
Tersebutlah kisah tentang sebuah kerajaan lama di Pulau Sumatera yang dikenali sebagai Malayu. Menurut catatan sejarah, lokasi negara kota tersebut dipercayai terletak di sekitar wilayah Jambi hari ini. Kerajaan Malayu dikatakan sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.

Kisah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) - pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik (atau Damascus).
 
Empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik pada zaman kegemilangannya.
 
Setelah terdengar akan kemasyhuran kerajaan Malayu di sebelah Timur, maka timbullah niat di hati baginda untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Kebetulan pula, baginda sedang berusaha untuk memperluaskan empayar Islam serta ajaran Islam ke seluruh dunia.

Pada ketika itu, kerajaan Malayu berada di bawah pemerintahan seorang maharaja yang bernama Sri Maharaja Lokitawarman. Baginda berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Lantas, Khalifah Mu’awiyah I telah mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk Islam. Walau bagaimanapun, Sri Maharaja Lokitawarman telah menolak pelawaan khalifah tersebut secara baik.

Keengganan maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam telah membantutkan niat Khalifah Mu’awiyah I untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Tidak berapa lama kemudian, Sri Maharaja Lokitawarman telah mangkat dan tempatnya diambil alih oleh Sri Maharaja Srindrawarman.
Kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi, Sumatera
sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi), baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut (khalifah Bani Umayyah dan maharaja Malayu) dikatakan sangat baik.

Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila maharaja Malayu tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam. Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pada tahun 718 Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam. 

Setelah peristiwa tersebut, maka bermulalah zaman di mana Malayu mula dikenali sebagai sebuah kerajaan Islam. Inilah kerajaan Islam yang PERTAMA sekali di Kepulauan Melayu atau Nusantara. PengIslaman Sri Maharaja Srindrawarman sekaligus telah menarik minat ramai pedagang Arab dan Islam untuk datang berdagang di negara kota Malayu.

Malah, para pedagang Arab juga telah menggelar Malayu sebagai ‘Sribuza Islam' (Srivijaya Islam) atau ‘Zabaq’ (yang berasal dari nama Muara Sabak di Jambi).

Walau bagaimanapun, berita tentang pengIslaman kerajaan Malayu di Pulau Sumatera tidak begitu disenangi oleh golongan pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China. Pada pandangan mereka, pengIslaman kerajaan Malayu hanya akan menyebabkan aktiviti perdagangan lada hitam mereka tergugat dan terancam.
I-Tsing - seorang sami Buddha dari tanah besar China
pernah melawat kerajaan Malayu dan empayar Srivijaya.
 
Menurut catatan yang ditulis oleh seorang sami Buddha berketurunan Cina bernama I-Tsing, kerajaan Malayu pada ketika itu berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar Srivijaya yang berpusat di Palembang. Agama rasmi empayar Srivijaya ialah Buddha bermazhab Vajrayana, yakni berbeza dengan Malayu yang sudah pun menjadi sebuah kerajaan Islam.


Pada tahun 680 Masihi, pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China telah bertindak menghantar dua orang pendeta Buddha iaitu Vajrabodhi dan Amoghavajra ke Srivijaya. Tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Buddha bermazhab Mahayana di Srivijaya serta menyekat pengaruh perkembangan Islam di Malayu.

Hasil campur tangan Dinasti Tang telah memaksa empayar Srivijaya untuk menyerang kerajaan Malayu pada sekitar tahun 730 Masihi. Pada ketika itu, Malayu berada di bawah pemerintahan Sri Maharaja Indrawarman - putera kepada Sri Maharaja Srindrawarman yang sudah mangkat.
Amoghavajra - salah seorang dari dua Sami Buddha yang dihantar oleh
Dinasti Tang ke Srivijaya untuk menyekat perkembangan Islam di Malayu.

Serangan tersebut telah mengakibatkan Sri Maharaja Indrawarman mangkat dibunuh. Akhirnya, negara kota Malayu (Sribuza Islam atau Zabaq) telah berjaya ditawan oleh empayar Srivijaya.

Penaklukan tersebut menandakan berakhirnya kekuasaan sebuah kerajaan Islam yang terawal di Kepulauan Melayu atau Nusantara di bawah pemerintahan dua orang maharajanya yang beragama Islam iaitu Sri Maharaja Srindrawarman dan puteranya, Sri Maharaja Indrawarman.
 
SELESAI
 
 
 
 
 

 
SEJARAH KERAJAAN LANGKASUKA ( PATANI )

ASAL MULA ORANG MELAYU BERKULIT HITAM

Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan. Warna tersebut seakan-akan warna buah ciku yang sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang Penulis Blog maksudkan di sini bukan hanya sekadar meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, tetapi juga orang Melayu yang terdapat di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan juga Myanmar.

 
Namun begitu, apakah pendapat anda sekiranya Penulis Blog mengatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala asalnya berkulit hitam?. Penulis Blog yakin, tentu ramai yang tidak percaya! Mungkin ada di kalangan anda yang berfikir seperti ini - ‘bagaimana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala berkulit hitam, sedangkan kita sebagai anak cucu atau keturunan mereka berkulit sawo matang?’. Berikut adalah jawapannya...
 
 
 

SEORANG DUTA LANGKASUKA (TENGAH) BERKULIT HITAM
 
Beberapa bulan yang lepas, Penulis Blog telah menemui dua sumber pensejarahan yang membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala asalnya berkulit hitam. Sumber pertama ialah Tarikh Patani - sebuah manuskrip sejarah yang dipercayai dikarang pada sekitar tahun 1500 Masihi oleh Syeikh Safiuddin al-Abassi atau Tuk Raja Faqih, seorang ilmuwan Melayu yang berasal dari negeri Patani Darussalam. Menurut Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani:-

Adapun orang Melayu (di Langkasuka) waktu itu rupa(nya) hitam-merah
atau hitam manis. Rupanya kecil daripada orang Arab dan (orang) Parsi.”

Potongan ayat di atas menyatakan kepada kita tentang bagaimanakah rupa asal orang Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Langkasuka serta seluruh tanah jajahannya. Mereka digambarkan sebagai bangsa yang berkulit hitam-merah atau hitam manis. Warna kulit mereka ternyata berbeza daripada warna kulit kita pada hari ini. Jika sumber dari Tarikh Patani belum meyakinkan anda, kita rujuk pula kepada sumber pensejarahan yang kedua.
 
 
Sumber kedua yang Penulis Blog maksudkan ialah Zhí Gòng Tú (职贡图 / 職貢圖). Zhí Gòng Tú bermaksud ‘Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala’. Zhí Gòng Tú merupakan satu set lukisan bersejarah rasmi, di mana setiap potret mengandungi gambar atau ilustrasi. Salah satunya telah dihasilkan ketika zaman Maharaja Yuan (508-555 Masihi), salah seorang pemerintah dinasti Liang di tanah besar China.

Pada asalnya, Zhí Gòng Tú yang dihasilkan pada zaman Maharaja Yuan ini mengandungi 25 potret yang menggambarkan duta-duta dari pelbagai negara. Namun begitu, kini hanya tinggal 12 potret sahaja kerana yang selebihnya sudah hilang atau tidak dapat dikesan lagi. Salah sebuah negara yang pernah menghantar duta ke tanah besar China ialah Langkasuka. Buktinya adalah seperti di bawah ini:
 
 
Apa yang menarik mengenai gambar atau ilustrasi di atas ialah warna kulit duta kerajaan Langkasuka di tanah besar China. Jika diperhatikan, kita akan mendapati bahawa warna kulit duta tersebut ialah hitam. Sumber dari negara China ini telah membuktikan bahawa apa yang diceritakan oleh Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani itu bukanlah rekaan semata-mata. Sebaliknya, ia adalah fakta sejarah!

 
Kini, hanya tinggal satu persoalan yang perlu kita jawab - jika benar orang Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu asalnya berkulit hitam, bagaimana kita sebagai anak cucu atau keturunan mereka boleh berkulit sawo matang?. Jawapan bagi persoalan tersebut ada dinyatakan dengan jelas di dalam Tarikh Patani:

Syahdan, maka adalah ka(h)win nikah tidak ada (di Langkasuka),
sebab itu pun bercampurlah (orang) Hindi (India), dan
 (orang) Cina dan orang Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampurlah
keturunan zuriat. Tiada serupa dengan orang-orang Arab.

Adapun orang-orang Arab tidak bercampur. Tetapi (ada segelintir) orang-orang Arab datang ke Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan akhirnya adalah keturunan orang Arab (di Langkasuka). Dan begitu juga orang-orang Parsi bercampur juga dengan orang-orang Melayu (Langkasuka).

Dan banyaklah orang-orang Arab datang berniaga dan duduk di negeri Patani (Langkasuka).
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di Patani (Langkasuka).”

Adapun orang-orang Arab dan orang-orang Parsi itu pun banyaklah berkahwin dengan orang Melayu di negeri Patani (Langkasuka). Dan orang Arab dan Parsi mana berkahwin itu bawa isteri (yang berbangsa Melayu) ke negeri China dan Khemir (Khmer) kerana berniaga ke negeri tersebut.”

Adapun Raja Seri Wijaya (Maharaja Srivijaya) mula masuk
 (ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin dengan anak
Raja Langkasuka. Dan (men)dapat anaknya
 (yang) bernama (Raja) Bangsa.”

 “Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu
sangat-sangat cantik rupanya. Maka adalah saudagar orang Parsi
minta berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). Maka Raja Antirata,
raja negeri Patani (Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja Sanjura).
Maka akhirnya berkahwin(lah) anak saudagar Parsi (itu) dengan
puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.
Semua perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala sudah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing seperti India, Cina, Parsi, Arab, Khmer serta Melayu Srivijaya dari Sumatera. Hasil dari perkahwinan campur inilah, lahirnya kita semua hari ini yang memiliki warna kulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan.
 
Menurut Tarikh Patani juga, perkahwinan campur di antara orang Melayu Langkasuka dengan bangsa asing dipercayai telah berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi. Berikut adalah petikan ayat yang membuktikannya:

Inilah kisah riwayat hikayat Raja Langkasuka.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini agamanya Hindu dan Brahman.
Ibu ‘ashimah (ibu kota) (terletak) di negeri Kedah waktu sekarang.
Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila mula,
lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang tua,
(se)belum Nabi ‘Isa anak Mariam zahir (lahir), 
orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah (berdagang) di negeri ini.”

Perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa amalan perkahwinan campur di antara penduduk pribumi Langkasuka dengan bangsa asing telah pun berlaku sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi warna kulit orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, yakni daripada warna asalnya (hitam) kepada warna sawo matang.

Sebelum mengakhiri topik ini, Penulis ingin membuat EMPAT kesimpulan berdasarkan bukti-bukti pensejarahan di atas iaitu:
  1. Nenek-moyang orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada asalnya berkulit hitam.
  2. Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu, yakni sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi.
  3. Orang Melayu di Kepulauan Sumatera dan Kepulauan Borneo sememangnya berkulit sawo matang sejak dari dahulu lagi. Ini membuktikan bahawa mereka TIDAK serumpun dengan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang pada asalnya berkulit hitam.
  4. Ini sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu BUKANlah kaum pendatang dari Kepulauan Indonesia, sepertimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya, orang Melayu (dan juga masyarakat Orang Asli) adalah penduduk asal di bumi Semenanjung yang bertuah ini.
     
Sumber Rujukan

  • Pensejarahan Patani.
  • Tarikh Patani.
  • Zhí Gòng Tú (Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala - Dinasti Liang).
  • Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.
ADRUJA WIJAYAMALA SINGA
 


Adruja Wijayamala Singa (1335-1345 Masihi) berasal dari Grahi - sebuah negara kota dan negara persekutuan Melayu yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu. Baginda merupakan puteri kesayangan kepada Raja Sang Tawal atau Sultan Muhammad (1267-1335), Maharaja Grahi yang ketiga. Tahun kelahiran dan nama bonda puteri Melayu ini tidak diketahui. Adruja dilahirkan dan membesar di Kota Grahi, iaitu ibu kota kerajaan Grahi.

Adruja mempunyai empat orang saudara kandung, iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Raja Bharubhasa, Raja Singhadiraja, Puteri Cendana dan Puteri Linang Cahaya. Oleh kerana Adruja memiliki sifat keperibadian yang tegas dan garang, rakyat Grahi yang berketurunan Melayu-Hindu telah menggelar puteri Melayu ini sebagai ‘Dewi Durga’.
Carta keluarga Adruja Wijayamala Singa. 
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas).
Lebih menarik lagi, Adruja merupakan keturunan Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, Maharaja Srivijaya-Malayu (Palembang-Jambi) dari dinasti Mauli. Menurut manuskrip Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), nama sebenar maharaja tersebut ialah Demang Lebar Daun. Nama 'Adruja Wijayamala Singa' dikatakan berasal dari bahasa Sanskrit, di mana:
  • ‘Adruja’ ialah kependekan bagi sebutan “adhi raja” yang bermaksud raja yang besar, mulia, tinggi darjatnya, yang utama, yang terbaik dan pemuka pasukan perang;
  • ‘Wijayamala’ pula merujuk kepada sejenis bunga seroja sakti yang dikatakan dapat menghidupkan orang mati; manakala
  • ‘Singa’ pula merupakan satu variasi bagi sebutan “simha” yang bermaksud singa - raja segala haiwan.
Carta salasilah leluhur atau nenek-moyang Adruja Wijayamala Singa.
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas).

KEHIDUPAN AWAL

Adruja dilahirkan pada zaman di mana Grahi sedang menghadapi ancaman perang dari kerajaan Siam Sukhothai yang diperintah oleh Raja Rama Khamhaeng (1237/47-1317). Raja yang berketurunan Siam (atau Thai) ini merupakan seorang yang sangat zalim.
 
Raja Rama Khamhaeng dikatakan mahu meluaskan tanah jajahannya ke arah selatan (Semenanjung Tanah Melayu) tetapi telah dihalang oleh nenda Adruja yang bernama Raja Sakranta atau Raja Aminuddin (1253-1267). Setelah Raja Sakranta mangkat, takhta kerajaan Grahi telah diserahkan kepada ayahanda Adruja yang bernama Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad).

Sebagai Maharaja Grahi yang baharu, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota yang teguh demi menghalang tentera Siam Sukhothai dari menceroboh masuk ke Semenanjung Tanah Melayu. Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Grahi.

Sejak dari usia kanak-kanak lagi, Adruja dikatakan pandai menunggang kuda dan bermain senjata seperti kelewang. Meskipun perilaku baginda menyerupai lelaki, namun Adruja dikatakan amat menyukai wangian kayu cendana yang telah dicampurkan ke dalam minyak wangi yang diperbuat daripada bunga melur. Ia adalah satu kesukaan khas yang menunjukkan bahawa Adruja masih ada sifat kewanitaan.
 
PEMBAWA BENDERA GRAHI
Setelah umurnya mencecah belasan tahun, Adruja sentiasa menjadi pembantu ayahandanya di medan perang. Puteri tersebut biasanya dibenarkan membawa bendera kerajaan Grahi ketika Raja Sang Tawal pergi berperang dengan tentera Siam Sukhothai. Pengalaman berada di medan perang telah membantu Adruja membiasakan diri dengan melihat keganasan perang dalam segala aspek.

Setelah perang berakhir, Adruja akan membantu membalutkan luka dan memberi minuman kepada mana-mana tentera ayahandanya yang cedera. Melihatkan keadaan tentera Grahi yang kurang semangat juang serta rakyatnya yang sentiasa berundur, maka tergeraklah di hati puteri tersebut untuk membentuk satu pasukan khas yang terdiri dari kaum wanita.

Selain untuk membantu kaum lelaki di medan perang, tujuan pasukan khas wanita tersebut ditubuhkan adalah untuk membela nasib kaum wanita Melayu di Grahi yang sering diperkosa oleh tentera Siam Sukhothai tatkala mereka menyerang kampung-kampung yang jauh dari Kota Grahi. Selain itu, Adruja juga mahu membuktikan bahawa kaum wanita juga setanding dengan kaum lelaki walaupun di medan perang.
 
Cadangan Adruja untuk membentuk satu pasukan khas wanita telah diusulkan kepada ayahandanya, Raja Sang Tawal. Pada mulanya, Raja Sang Tawal enggan memperkenankan cadangan puterinya itu kerana tugas kaum wanita pada zaman tersebut hanya terhad kepada kerja memasak dan membantu merawat kecederaan tentera di medan perang sahaja.

Namun begitu, Raja Sang Tawal berubah fikiran dengan serta-merta setelah mengenangkan tindakan puteri kesayangannya itu yang pernah beberapa kali mempertahankan bendera kerajaan Grahi ketika di medan perang. Raja Sang Tawal akur lalu memperkenankan cadangan Adruja itu.

Pada masa yang sama, baginda cuba untuk menyelamatkan Adruja dengan mengahwinkan puteri tersebut. Walau bagaimanapun, Adruja terus menolak rancangan ayahandanya itu dengan berkata:

"Ayahanda mahu kahwinkan anakanda? Tidak! Sesiapa yang mahukan
anakanda, sila bertarung senjata satu lawan satu. Jika menang, boleh".
 
Melihatkan ketegasan dan kedegilan puteri tersebut, akhirnya Raja Sang Tawal terpaksa mengalah dan mengikut sahaja kehendak puterinya itu.

LAHIRNYA PASUKAN SERI WIJAYAMALA

Setelah cadangan tersebut diperkenankan oleh Raja Sang Tawal, maka Adruja pun berusaha untuk membentuk sebuah pasukan khas yang dianggotai kaum wanita. Baginda mula mencari mana-mana perempuan yang mahu menyertainya.

Oleh kerana golongan perawan telah menolak ajakannya, maka dicari pula segala janda muda yang kematian suami di medan perang. Ada di kalangan kumpulan janda muda tersebut yang membantah atas alasan - berperang bukanlah kerja kaum wanita. Jawapan tersebut telah membuatkan Adruja murka, lalu menengking mereka dengan berkata:


“Cis! Semua kamu nak serahkan kepada lelaki. Sekarang, apa dah jadi kepada kamu?
Hidup tercungap-cungap, merempat, harapkan belas kasihan orang. Bagaikan pengemis!
Lebih baik kalian ku latih agar dapat berperang. Bahkan lebih berani daripada bapa-bapa
dan abang-abang kamu yang takut menghadapi gajah Sukhothai hingga kecut pelir mereka.
Inilah masanya kalian menuntut bela agar tenteram roh mereka yang sudah pergi.
Beta tak dapat memberikan harta kepada kalian. Tetapi ingat! Ketika kalian mati,
kalian akan mati syahid kerana mempertahankan agama dan negara kalian.
Itulah janji bagi orang Islam, agama yang baru kamu anuti sekarang.
Insyallah, kalian akan dikenang sebagai bunga-bunga suci
di medan perang di dalam sejarah Grahi.”


Setelah mendengar kata-kata puteri tersebut, maka kumpulan janda muda tersebut akhirnya bersetuju untuk menyertai pasukan khas yang dipimpin dan dilatih sendiri oleh Adruja. Pasukan khas tersebut diberi nama Seri Wijayamala.

Adruja telah berusaha mendapatkan segala bekalan senjata untuk pasukan khasnya. Baginda telah menempah senjata ringan dengan mengarahkan agar dibentuk busur panah yang kecil tetapi lebih cekap. Selain itu, puteri tersebut juga telah membeli puluhan ekor kuda, kain serta keperluan wanita dari para saudagar Arab dan Turki di pelabuhan yang berhampiran dengan Kota Grahi. Dari mereka jugalah, Adruja mempelajari bahasa Arab dan Turki.
Kuda putih milik Adruja Wijayamala Singa yang dinamakan
Halilintar sentiasa mengiringi puteri tersebut ketika di medan perang.
Selain itu, Adruja juga telah membeli seekor kuda putih untuk dirinya sendiri. Kuda tersebut diberi nama Halilintar dan ianya sentiasa mendahului sesiapa sahaja, termasuklah pelatih Adruja yang berbangsa Turki bernama Inologlu.

SERI WIJAYAMALA BERSEDIA

Pada suatu hari, Adruja Wijayamala Singa masuk menghadap Raja Sang Tawal yang sedang sibuk bermesyuarat dengan para panglima perang. Ketika itu, mereka sedang melihat selembar peta. Setelah salam diberi, Adruja terus membuka daun-daun tingkap istana lalu mengajak Raja Sang Tawal dan para panglima perang supaya melihat ke luar tingkap. Puteri itu seraya berkata:
“Itulah pasukan khas patik. Hanya 41 orang. Kebanyakannya janda dan
hamba abdi serta budak suruhan, untuk berperang bersama ayahanda kelak”.



Setelah melihat pasukan khas tersebut, para panglima bertanya kepada Adruja tentang kemampuan mereka - sama ada mereka mampu memikul tombak serta memanah atau pun tidak. Malah, ada juga di antara mereka yang memperlekehkan kemampuan pasukan khas tersebut dengan tersengih-sengih dan ketawa kecil.

Tindakan para panglima tersebut telah membuatkan dada Adruja membara, lalu ditariknya salah seorang dari kumpulan panglima tersebut dan membawanya ke ruang tingkap. Adruja segera memberi arahan kepada Puspa, salah seorang pengikutnya yang berdiri puluhan ela di bawah istana supaya terus memanah panglima tersebut.

Anak panah yang dilepaskan Puspa berdesing membelah udara lalu melekat pada daun tingkap - hanya sejengkal dari muka panglima tersebut. Adruja lantas berkata kepada para panglima yang memperlekehkan pasukan khasnya:

“Jika itu belum memuaskan kalian, silalah tunggu di tingkap itu untuk perintahku yang kedua”.
 
Tindakan berani Adruja dan pengikutnya, Puspa telah menyebabkan semua orang terdiam. Adruja terus menyembah Raja Sang Tawal lalu turun dari istana. Menurut catatan sejarah, peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1317 Masihi.


SERI WIJAYAMALA BERTINDAK

Pada suatu hari, angkatan tentera Siam Sukhothai telah mula bergerak ke arah selatan untuk menyerang kerajaan Grahi dan ibu kotanya, Kota Grahi. Pada asalnya, penduduk Kota Grahi sememangnya sudah lama bersedia untuk menghadapi serangan dari tentera Siam Sukhothai. Walau bagaimanapun, penantian yang terlalu lama telah menyebabkan mereka menjadi leka.
Kedudukan Kota Grahi dipercayai terletak 
di daerah Chaiya, wilayah Surat Thani, Thailand.
Namun begitu, Adruja dan pasukan khas Seri Wijayamala sentiasa bersiap sedia. Sifat waspada mereka telah berhasil apabila pada suatu malam, salah seorang pengawalnya telah ternampak panah berapi menembusi angkasa. Pengawal tersebut lantas memaklumkan kepada Adruja mengenai sebuah kampung di sebelah utara yang mula diserang oleh tentera Siam Sukhothai.

Dengan serta-merta, Adruja dan semua anggota pasukan khas Seri Wijayamala berlengkap lalu menunggang kuda mereka dan menyerbu keluar mengikut rakan-rakan yang membawa obor. Setelah tiba, Adruja mendapati tentera Siam Sukhothai sedang mengganas. Mereka membakar kampung, membunuh segala lelaki dan mengheret wanita keluar dari kampung itu.

Seorang panglima Siam Sukhothai telah merebahkan seorang perempuan muda ke tanah untuk mencabulnya. Melihat keadaan tersebut, Adruja segera menebas leher panglima tersebut dengan kelewang panjang miliknya yang dinamakan Kilatan. Kemudian, baginda seraya memberi arahan kepada pasukan Seri Wijayamala:

“Bunuh kesemuanya! Jangan biarkan seekor pun terlepas! Cincang yang masih bernafas!”

Arahan tersebut segera dipatuhi. Ada di kalangan para pengikut Adruja yang mengalami muntah-muntah serta pengsan setelah melihat darah, kepala musuh terpelanting dan terdengar jeritan tatkala musuh disembelih.

Pada malam itu, Adruja berjaya menyelamatkan ramai wanita Melayu. Tiada seorang pun tentera Siam Sukhothai yang berjaya pulang ke markas mereka. Adruja dan para pengikutnya pula hanya mengalami luka-luka kecil. Mereka berjaya membuktikan kecekapan mereka di medan perang.
DENDAM RAMA KHAMHAENG

Semua pihak di negeri Siam Sukhothai telah mula berasa gentar setelah angkatan perang mereka tidak pulang ke markas. Namun begitu, tidak sedikit pun terguris di hati Raja Rama Khamhaeng walaupun telah kehilangan ratusan tenteranya.

Sebaliknya, raja zalim itu telah mengambil keputusan untuk menyerang Grahi dan Kota Grahi sekali lagi. Pada kali ini, baginda sendiri yang akan mengetuai bala tenteranya.


 
Patung Rama Khamhaeng, Raja Siam Sukhothai
yang dibina di wilayah Sukhothai, Thailand.




Sementara di Kota Grahi pula, Raja Sang Tawal telah mendapat maklumat mengenai bala tentera Siam Sukhothai yang sudah menghampiri sempadan Grahi. Baginda segera mengarahkan semua menteri dan panglima perang (kecuali Adruja Wijayamala Singa) datang berunding.

Selesai mesyuarat, Raja Sang Tawal telah menitahkan supaya Adruja tinggal di dalam Kota Grahi sementara baginda dan para tentera Grahi keluar menentang musuh. Arahan ayahandanya itu telah membuatkan Adruja berasa begitu geram kerana tidak dibenarkan untuk turut serta berperang.

Selepas Raja Sang Tawal dan para tenteranya keluar dari Kota Grahi untuk menentang tentera Siam Sukhothai, seorang perempuan penduduk kota yang mengenali Adruja datang bertanya:

“Wahai Dewi Durga, kenapa tidak turut serta?”

“Raja fikir aku perempuan biasa. Layak menunggu di dalam kota sahaja”.

Kata Adruja kepada perempuan tersebut. Lantas perempuan tersebut berkata:

“Tapi… kami dengar cerita dari orang Tuan Puteri sendiri,
banyak kampung di utara Grahi telah Tuan Puteri selamatkan”.

Setelah mendengar kata-kata perempuan tersebut, maka tersenyumlah sang puteri seorang diri. Adruja mula menyedari bahawa perihal itu tidak pernah dilaporkan kepada Raja Sang Tawal dan sememangnya ingin dirahsiakan.

KOTA GRAHI DISERANG LAGI

Sepanjang pagi tersebut, Adruja berasa gelisah. Tatkala tengah hari pula, nalurinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Lalu diarahnya Puspa supaya pergi selidik di luar Kota Grahi.

Alangkah terkejutnya Puspa apabila melihat tentera Siam Sukhothai telah berjaya mencerobohi kota. Mereka membunuh dan bertindak ganas terhadap orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita di dalam Kota Grahi.

Ternyata Rama Khamhaeng seorang yang licik. Raja tersebut telah membahagikan angkatan tenteranya kepada dua ketumbukan - satu untuk berperang dengan angkatan tentera Raja Sang Tawal di medan perang manakala yang satu lagi pula untuk menyerang Kota Grahi secara senyap dan mengejut.
Pakaian tentera Siam (Thai) ketika zaman kerajaan Sukhothai.

Puspa segera memaklumkan kepada puterinya. Adruja lantas mengarahkan semua anggota Seri Wijayamala bertindak. Kehadiran mereka telah mengejutkan pihak musuh.

“Jahanamkan mereka! Bunuh semuanya! Anak haram jadah! Binatang! Cincang habis!”

Jerit Adruja seraya menghayunkan kelewang panjangnya (Kilatan) sambil memecahkan kepala serta memutuskan tubuh-tubuh musuh. Kemudian, arahan diberikan kepada dua orang rakan seperjuangannya yang bernama Seroja dan Sundari:

“Kau Seroja, panah dari atas kota sana. Kau Sundari, suruh para abdi siapkan kuda kita”.

LELAKI TUA BERTONGKAT DAN TASBIH
Kelab Pemanah Berkuda Adruja telah ditubuhkan oleh
Sheikh Fuad Sheikh Mahmud, seorang penunggang kuda
dari Malaysia demi menghidupkan kembali tradisi kesenian
memanah berkuda Melayu di kalangan generasi muda.
Pencerobohan itu akhirnya berjaya dihindari dan Kota Grahi terselamat. Namun begitu, itulah pertama kali hati Adruja berasa amat hiba dan remuk-redam kerana perbuatan pihak musuh yang amat zalim terhadap orang-orang yang lemah.

Pasukan Seri Wijayamala menangis teresak-esak, sambil mendakap para wanita dan kanak-kanak yang meraung. Air mata Adruja jatuh berlinangan. Adruja mengetapkan bibirnya. Tiba-tiba, datang seorang lelaki tua bertongkat menuju ke arah puteri tersebut lalu berkata dengan sebaknya:

“Tuan Puteri, hamba sudah tua… Tiada tenaga lagi memerangi musuh kita.
Bawalah tasbih hamba ini. Semoga Tuan Puteri mencapai kemenangan
yang luar biasa… Insyallah…. Ucaplah, ‘Ya Jabbar Ya Qahhar’…”.

Lelaki tua bertongkat itu mengucup tangan Adruja lalu pergi dari situ. Belum sempat sang puteri mengucapkan terima kasih, para anggota Seri Wijayamala sudah mengerumuninya dan bersiap-sedia. Adruja memberi arahan kepada pasukan Seri Wijayamala:

“Wahai pasukanku, Seri Wijayamala… Lilitlah rambutmu dengan kain hijau
seperti serban yang dipakai ayahmu, suamimu atau saudaramu yang pergi berjuang
demi agama dan tanah air. Aku tahu, tentera ayahanda sedang terpukul teruk.
Aku juga tahu, hari ini Rama Khamhaeng turut memimpin tenteranya.
Hari ini hari penentuan! Puspa, lilitkan serban kuning ini ke kepalaku.”

Tiba-tiba, kedengaran laungan azan berkumandang di atas kota. Suara seorang tua - dipercayai lelaki tua bertongkat yang memberi tasbih kepada Adruja sebentar tadi. Adruja segera memakai tasbih tersebut di lehernya dan terus menunggang kuda putihnya yang bernama Halilintar.
Adruja memakai tasbih pemberian seorang lelaki tua bertongkat di lehernya.

Selesai sahaja azan, Adruja melaungkan ungkapan “Allahuakbar” yang kemudiannya disambut oleh semua yang hadir. Semua wirawati Seri Wijayamala terus memecut kuda yang menderu keluar dari kota bagai angin taufan. Tanpa menoleh ke belakang lagi, pasukan khas tersebut terus memacu kuda di belakang ketua mereka - Adruja Wijayamala Singa.

TUMBANGNYA RAMA KHAMHAENG
           
Benarlah jangkaan Adruja. Di medan perang, segala pasukan bergajah Siam Sukhothai sedang meredah dan merempuh apa sahaja di hadapan mereka. Orang dan kuda habis dibelit dengan belalai, dipijak dengan kaki atau dirodok oleh gading gajah.

Lima anggota Seri Wijayamala telah bersiap-sedia dengan tombak bercangkuk. Mereka turut dibantu oleh pasukan berpanah dan pasukan yang memakai kusa - sejenis alat yang ditakuti gajah.
Contoh gambar kusa - sejenis alat yang digunakan
pada zaman dahulu untuk mengawal dan menakutkan gajah.
Sementara itu, Puspa pula diarahkan untuk memegang bendera khas Adruja Wijayamala Singa, iaitu corak helang merah berlatarkan kuning. Tiba-tiba, mata Puspa terpandang ke arah pasukan bergajah Siam Sukhothai yang juga mengibarkan bendera pihak musuh.

“Tuan Puteri! Itu dia, Rama Khamhaeng!”

Adruja terus memecut kuda putihnya ke arah gajah hitam khas milik Rama Khamhaeng tanpa menghiraukan segala hiruk-pikuk di sekitarnya. Api kemarahan dari lubuk hati Adruja telah mengalir ke tangannya yang menggenggam erat Kilatan yang berkilauan disambar matahari petang.

Adruja mengarahkan pasukan berpanahnya supaya memanah semua askar di sekeliling Rama Khamhaeng. Setelah kesemuanya mati terbunuh, baginda lantas mengarahkan pengikutnya supaya membaling tombak ke arah Rama Khamhaeng. Beberapa tombak telah terkena pada tubuh raja tersebut lalu meragut nyawanya. Jasadnya terkeluar dari rengga gajah lalu jatuh rebah ke bumi.
Setiap gajah perang biasanya dilengkapi dengan
rengga gajah yang dipasang di bahagian belakang.
Adruja dengan pantas terus merodok pusat Rama Khamhaeng dengan Kilatan, lalu ditusuknya ke atas hingga ke tenggorok. Pecahlah jantung dan terburailah segala tali perut dengan semburan darah membuak-buak. Kelewang dicabut, lalu leher raja tersebut ditebas hingga terpisahlah kepalanya dari tubuh. Kemudian, Puspa mengambil kepala Rama Khamhaeng dan menancapnya pada hujung tombak lalu diberikan kepada Adruja.

“Heret bedebah ini ke laut! Cincang sesiapa yang cuba menghalang!”

Jerit Adruja kepada pasukan Seri Wijayamala. Dua orang wirawati segera mengangkat kedua-dua belah kaki Raja Siam Sukhothai itu lalu mengheretnya dengan kuda menuju ke pantai.

Perbuatan tersebut telah menyebabkan tentera Siam Sukhothai bersikap seperti orang gila. Mereka cuba untuk mendapatkan kembali kepala Rama Khamhaeng. Adruja dengan segera mencantas dan menebas mereka. Para tentera Siam Sukhothai yang cuba mendapatkan badannya pula terus dipanah oleh pasukan berpanah Seri Wijayamala.

“Seroja, bawa balik kepala ini. Biar beta selesaikan saki-baki anjing-anjing ini.”

Para tentera Siam Sukhothai mula hilang semangat setelah menyaksikan kematian raja mereka. Tiada apa yang boleh mereka lakukan selain berlutut meratap menyembah bumi. Itulah hari bencana besar bagi bangsa Siam (Thai) dari negara Sukhothai kerana tidak menjangka yang mereka akan mati dibunuh oleh seorang puteri raja dengan pasukan khas wanitanya yang bengis.

KATA-KATA KERAMAT ADRUJA

Adruja mengarahkan semua wirawati supaya mencantas belalai gajah-gajah milik tentera Siam Sukhothai. Pada mulanya, mereka tidak sampai hati hendak membunuh haiwan-haiwan tersebut. Setelah melihat Adruja sendiri mencantas belalai gajah hitam milik Rama Khamhaeng, akhirnya mereka turut berbuat demikian.
Gajah hitam yang ditunggang oleh Raja Rama Khamhaeng ialah
Elephas maximus indicus - sejenis subspesis gajah Asia.
Habis semua gajah jatuh merempuh pihak musuh. Barisan hadapan tentera Siam Sukhothai yang berlutut meratapi kehilangan raja mereka turut diranap oleh gajah mereka sendiri. Saki-baki tentera Siam Sukhothai yang lainnya habis dibunuh oleh Adruja dan pasukan khas Seri Wijayamala.

Sementara itu, badan Raja Rama Khamhaeng yang sedang diheret ke pantai pula terus ditombak dan dicincang sepanjang jalan sehingga hanya tinggal rangka dan cebisan daging sahaja. Setelah tiba di tepi pantai, badannya dicampak lalu dihanyutkan ke Laut China Selatan.

Perbuatan tersebut dilakukan di hadapan tentera Siam Sukhothai yang mengiringi mayat raja mereka. Akibat terlalu takut, maka larilah saki-baki tentera musuh untuk menyelamatkan nyawa mereka. Inilah kata-kata keramat Adruja Wijayamala Singa:

“Dengan tertebasnya kepala si bedebah ini (Raja Rama Khamhaeng),
maka ku harap bangsa ini (Siam atau Thai) akan tersekat dan tidak
melanda tanah bangsa Melayu (Semenanjung Tanah Melayu) seterusnya,
agar kekallah bangsaku (Melayu) dan agamaku (Islam) zaman-berzaman”.

Setelah berakhirnya perang, pasukan khas Seri Wijayamala membantu rakan-rakan mereka yang tercedera dan membawa mereka pulang ke Grahi. Adruja adalah orang terakhir yang meninggalkan medan perang, ketika merah senja mewarnai langit di sebelah barat. Menurut catatan sejarah, peristiwa Adruja memenggal kepala Raja Rama Khamhaeng ini berlaku pada tahun 1317 Masihi.
ROMBONGAN SAMI BUDDHA

Beberapa bulan kemudian, datanglah rombongan dari negara Siam Sukhothai untuk menebus kembali kepala raja mereka. Rombongan tersebut terdiri daripada puluhan sami berjubah kuning pinang masak, berkepala botak, berkaki ayam sambil membawa 10 pedati berisi emas dan perak. Mereka memohon kepada Raja Sang Tawal untuk bertemu dengan Adruja.
Sekumpulan sami Buddha Siam (Thai) sedang berdoa di dalam sebuah wat di Thailand.
Setelah Raja Sang Tawal tiba di halaman istana bersama Adruja, semua sami berkenaan berlutut lalu menyembah kedua-dua raja dan puteri tersebut. Ketua sami terus menyampaikan hasrat mereka. Setelah kepala Raja Rama Khamhaeng diberikan, mereka terus pulang ke negara Siam Sukhothai sambil meratap.

RUNTUHNYA GRAHI DAN KOTA GRAHI

Ketika saat kemangkatan Raja Rama Khamhaeng, puteranya yang bernama Loethai sedang berada di tanah besar China untuk menghadap Maharaja China. Alangkah terkejutnya Loethai setelah mengetahui ayahandanya mangkat dibunuh oleh seorang puteri Melayu. Setelah pulang ke tanah air, Loethai telah ditabalkan sebagai pemerintah yang baharu dengan gelaran Raja Loethai.

Meskipun mengalami kekalahan teruk, namun pihak Siam Sukhothai tidak pernah belajar dari kesilapan. Sebaliknya, Raja Loethai dan bangsa Siam (Thai) telah bersumpah akan menghapuskan seluruh bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka nekad mahu menjajah Grahi serta bumi Semenanjung demi menuntut bela di atas kematian Raja Rama Khamhaeng.

Setiap kali pasukan tentera dari kedua-dua belah pihak bertembung di medan perang, tentera Siam Sukhothai sentiasa mencabar pahlawan Melayu untuk beradu ketangkasan satu lawan satu di hadapan kedua-dua angkatan perang.

Adruja adalah individu yang sering dicabar keluar kerana pihak musuh sememangnya berniat mahu membunuh puteri tersebut demi menuntut bela di atas kematian bekas raja kesayangan mereka. Setelah pertarungan hebat satu lawan satu berakhir, hanya Adruja seorang sahaja yang tinggal dengan Kilatan berlumuran darah.
Demi membalas dendam di atas kematian Rama Khamhaeng,
Raja Loethai telah menyerang dan menakluk negara kota Grahi.
Setelah sekian lama bertahan dari serangan tentera Siam Sukhothai, akhirnya kerajaan Grahi dan Kota Grahi jatuh juga pada tahun 1325. Kekalahan tersebut menandakan bermulanya zaman pencerobohan bangsa Siam (Thai) di bumi Semenanjung Tanah Melayu.

PELARIAN PERANG

Kejatuhan kerajaan Grahi dan ibu kotanya, Kota Grahi telah memaksa Raja Sang Tawal berundur ke arah selatan. Pengunduran secara besar-besaran itu turut disertai oleh seluruh kerabat diraja Grahi, para menteri, panglima perang, rakyat jelata dan juga pasukan khas Seri Wijayamala.
Raja Sang Tawal telah membina Kota Mahligai di Langkasuka
sebagai pusat pemerintahan yang baharu setelah tumbangnya
Kota Grahi ke tangan penjajah Siam Sukhothai.

Dari Kota Grahi, Raja Sang Tawal dan rombongan pelariannya telah berundur ke Merdalong. Setelah tiba di Merdalong, mereka menuju pula ke Sanjura. Ketika di Sanjura inilah, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota di Langkasuka untuk dijadikan sebagai pusat pemerintahan yang baharu.

Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Mahligai. Raja Sang Tawal dan seluruh ahli keluarganya telah berpindah ke Langkasuka lalu bersemayam di Kota Mahligai. Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Langkasuka dan memerintah negeri tersebut selama 10 tahun.

Sebelum Raja Sang Tawal mangkat pada tahun 1335, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan Langkasuka kepada salah seorang puteranya iaitu Raja Bharubhasa. Di bawah pemerintahan Raja Bharubhasa inilah, Langkasuka telah bertukar menjadi sebuah kerajaan Islam dan semakin ramai penduduknya yang memeluk Islam.

Pada masa yang sama, Raja Sang Tawal juga telah menganugerahkan sebuah negeri kepada Adruja sebagai mengenang jasa puteri kesayangannya itu yang telah berperang demi tanah air serta mencantas kepala Raja Rama Khamhaeng. Negeri tersebut diberi nama Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau nama lainnya, Kisaran Payung.

RAJA PEREMPUAN KISARAN PAYUNG

Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad) telah menganugerahkan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung kepada Adruja sebagai tanda penghargaan.
Setelah kemangkatan Raja Sang Tawal pada tahun 1335, Adruja Wijayamala Singa telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama di negeri Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung. Pusat pemerintahan negeri tersebut terletak di Kuala Krai (kini Jajahan Kuala Krai di Kelantan). Pasukan khas Seri Wijayamala turut tinggal bersama Adruja.

Dalam tempoh yang singkat, Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung telah berubah menjadi sebuah negeri yang sungguh indah di bawah pemerintahan Adruja. Baginda juga diberi gelaran 'Cik Siti Wan Kembang' oleh rakyat tempatan.

Lama-kelamaan, gelaran tersebut telah menjadi satu gelaran rasmi bagi semua raja perempuan yang memerintah negeri tersebut. Menurut sumber pensejarahan di negeri Kelantan, Adruja Wijayamala Singa ialah Cik Siti Wan Kembang yang pertama.
Sungai Kelantan adalah satu-satunya jalan keluar masuk bagi Kuala Krai
- ibu kota Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kisaran Payung.
MANGKATNYA RAJA PEREMPUAN
KISARAN PAYUNG

Selepas 10 tahun memerintah, Adruja Wijayamala Singa mangkat pada tahun 1345. Meskipun makam raja perempuan tersebut tidak pernah ditemui hingga ke hari ini, namun baginda dipercayai telah dimakamkan di sekitar Jajahan Kuala Krai di Kelantan.

Adruja merupakan seorang ratu dara (the virgin queen) kerana baginda tidak pernah berkahwin seumur hidupnya. Ini sekaligus bermakna baginda tidak mempunyai waris keturunan. Oleh sebab itulah, Raja Bharubhasa iaitu saudara kandung Adruja yang juga merupakan Raja Langkasuka telah bertindak mengambil alih negeri tersebut.

Sebagai pemerintah yang baharu, Raja Bharubhasa mula menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah. Kemudian, baginda telah menyerahkan takhta kerajaan Langkasuka kepada saudara kandungnya yang bernama Raja Singhadiraja atau Raja Sulaiman.

Kesultanan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kesultanan Kisaran Payung terus diperintah oleh keturunan Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud Syah) selama beberapa generasi.

Carta salasilah pemerintah Kesultanan Serendah
(Seri Indah) Sekebun Bunga atau Kesultanan Kisaran Payung.
WARISAN

PASUKAN KHAS SERI WIJAYAMALA 
Adruja Wijayamala Singa atau Cik Siti Wan Kembang I
dikelilingi oleh pasukan khas Seri Wijayamala di balairung seri istana.
Adruja Wijayamala Singa dipercayai merupakan satu-satunya puteri dan raja perempuan di Kepulauan Melayu atau Nusantara yang memiliki pasukan tentera khas wanita. Pasukan khas tersebut diberi nama Seri Wijayamala dan diketuai oleh Adruja sendiri.

Pasukan khas Seri Wijayamala dianggotai 41 orang wanita yang terdiri daripada golongan hamba abdi, budak suruhan dan janda muda yang kematian suami di medan perang. Mereka mahir dalam ilmu ketenteraan, pandai bermain senjata dan menunggang kuda.

KESULTANAN SERENDAH (SERI INDAH) SEKEBUN BUNGA
ATAU KESULTANAN KISARAN PAYUNG
Kesultanan Kelantan Darul Naim yang didirikan oleh Long Yunus
telah menyatukan wilayah dua buah kesultanan terdahulu.
Adruja Wijayamala Singa (atau Cik Siti Wan Kembang I) merupakan pengasas Kesultanan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga (atau juga dikenali sebagai Kesultanan Kisaran Payung). Kesultanan ini berpusat di Kuala Krai (kini Jajahan Kuala Krai di Kelantan).

Ketika zaman pemerintahan Wan Kembang (atau Cik Siti Wan Kembang II), nama kesultanan tersebut telah ditukar kepada Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga Cerang Tegayung. Pada tahun 1766, kesultanan tersebut lenyap setelah Long Yunus mendirikan Kesultanan Kelantan Darul Naim. 

ASAL-USUL NAMA KELANTAN
Adruja menggunakan kelewang panjang miliknya yang dinamakan
Kilatan untuk memenggal kepala Rama Khamhaeng, Raja Siam Sukhothai.
Terdapat banyak teori yang telah dikemukakan mengenai sejarah asal-usul nama negeri Kelantan. Salah satu teori terbaru menyebut - negeri Kelantan dipercayai mendapat namanya dari nama kelewang panjang milik Adruja Wijayamala Singa (Cik Siti Wan Kembang I) - Raja Perempuan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga. Nama kelewang panjang tersebut ialah Kilatan.

GELARAN
‘CIK SITI WAN KEMBANG’
Adruja Wijayamala Singa atau Cik Siti Wan Kembang I (kiri)
dan Wan Kembang atau Cik Siti Wan Kembang II.
Adruja Wijayamala Singa merupakan tokoh pertama yang menggunakan gelaran ‘Cik Siti Wan Kembang’. Menurut sejarah, penduduk Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga telah memberikan gelaran tersebut kepada Adruja sejurus selepas baginda ditabalkan sebagai Raja Perempuan Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga.

Gelaran tersebut telah digunakan semula oleh Wan Kembang (1610-1667) - salah seorang keturunan Raja Bharubhasa (atau Sultan Mahmud Syah), iaitu saudara kandung Adruja. Tokoh yang bernama Wan Kembang ini telah dikenalpasti sebagai ‘Cik Siti Wan Kembang II' oleh golongan sarjana dan sejarawan.

SUMBER RUJUKAN
  • 101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.
  • Pensejarahan Patani.
  • Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah S.A.W & Kesultanan Melayu.
  • Hikayat Seri Kelantan.
  • Tun Seri Lanang : Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional.
  • Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-raja Melayu dalam Sejarah Melayu.
  • Kesultanan Melayu Kedah.
  • Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP
  • Institusi Bendahara; Permata Melayu Yang Hilang ; Dinasti Bendahara Johor-Pahang.
  • ‘Jiwa kental Sheikh Mahmud’ - Laman web Berita Harian Online (20/08/2011).