Khamis, 19 September 2013

ANTARA WIRA DAN BARUA
 
 
Ini adalah gambar kenangan semasa berkhidmat di dalam tentera jepun. Tentera jepun menyerang Malaya dan mengalahkan Inggeris yang menjajah Negara kita. Pada rakyat Malaysia apa bezanya inggeris dengan jepun. Kalau dah penjajah tetap saja penjajah. Masing-masing tetap saja mengaut keuntungan daripada tanah jajahannya. Bezanya cuma jepun lebih binatang daripada Inggeris. Gambar ini cuma suatu kenangan untuk menunjukkan bahawa orang melayu pada ketika itu takut. Siapa saja datang mereka sembah.Mereka tidak langsung menghalang kedatangan jepun malahan bersekongkol pula dengan mereka. Bukankah tentera jepun selalu mencari gadis-gadis melayu untuk dijadikan santapan rohani? Siapakah yang ditugaskan mencari gadis-gadis melayu yang hendak diratah sikulup ini? Hairan wal ajaib.

 
Tetapi ada segelintir pemuda-pemuda melayu yang berani melawan mereka. Mereka menubuhkan pasukan tentera bagi menghadapi serangan musuh. Syabas anak melayu. Tak malulah aku dilahirkan sebagai orang melayu.
 
 
Gambar ini menunjukkan adigan bagaimana tentera jepun menyeksa orang melayu. Di manakah guru-guru silat melayu yang handal-handal pada ketika ini. Ramai gadis dan isteri orang yang menjadi gundik jepun. Sebab itu bila ada orang melayu menghunus pada ketika ini saya tidak hairan kerana mereka cuma berani pada ketika aman saja. Pada masa tentera Sulu menceroboh dulu mana dia keris tu. Perkasa dan Pekida pun tak Nampak muka.
 
 
Tapi bagi Rosli Dobi, beliau memang seorang yang berani. Dia telah membunuh Duncan Steward pada ketika umurnya enam belas tahun. Tapi mlangnya cuba lihat siapakah polis yang memakai songkok yang mengiringi beliau itu. Bukankah mereka itu orang Melayu? Sebab itu kita tidak hairan kalau Cin Peng dan Mat Indera membunuh polis Melayu. Polis melayu itu adalah barua british.


Tanggal 2 Mac 1950, seorang anak muda daripada Kampung Pulo, Sibu, Sarawak berusia 16 tahun telah maut di tali gantung kerana didapati bersalah membunuh seorang gabenor British yang bertugas di Sarawak, Duncan Stewart.

Nama pemuda ini harum namanya dan sebaris dengan pejuang-pejuang Melayu/Bumiputera Islam yang lain seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah dan Dol Said. Beliau adalah Allahyarham Rosli Dhobi.

 
 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan