Ahad, 15 September 2013

 
INIKAH PEJUANG-PEJUANG MELAYU

 Semenjak dua menjak ni maka hairanlah memanda memikirkan akan perkara-perkara yang berlaku di Malaysia ni. Orang Melayu ni selalu memuja dan memuji bangsa asing tak pernah memikirkan kecerdikan sendiri. Tengoklah di Melaka ada tanjung tapi letak nama Tanjung Keling, ada pula kampong letak pulak nama kampong portugis, ada sekolah letak pulak nama Henry Gurney, ada bukit dinamakan Bukit Cina. Kalau di Johor pulak banyaklah pulak Kampung Arab dan surau arab. inilah cara orang Melayu masa hindu datang dan memerintah Tanah Melayu dia lebih hindu daripada hindu. Masa portugis datang dia lebih portugis daripada portugis sendiri, masa jepun dia lebih jepun daripada jepun. Masa Inggeris datang jangan nak dikata lagi, dialah orang putih. Sana tuan sini tuan sampai nak sepak gol pun passing pada tuan, sebab itulah orang putih sayang kat orang melayu sampai jawatan driver pun bagi kat Melayu. Semua kerja diberi kepada melayu. Orang putih banyak kaut harta kat Tanah Melayu orang melayu yang jaga. Orang putih cukup percaya kat orang melayu. Semasa pemerintahan penjajah orang melayulah yang jaga harta tuannya. Sebab itu bila orang putih nak balik kampong dia serahkan Tanah Melayu ni kat mereka tapi ada syarat mesti jaga harta orang putih. Musuh-musuh orang putih mesti jadi musuh orang melayu barulah dapat merdeka. Orang melayu dan orang cina yang menentang penjajah mesti dihapuskan tapi bukan orang putih yang hapuskan orang melayu simata birulah yang bunuh.
 
 
Cuba teka siapa kat dalam gambar tu dan apa yang sedang mereka lakukan, apa yang terhidang di hadapan mereka? Fikirlah sendiri.. Inilah hasil yang diklon oleh penjajah. Merekalah yang orang melayu pilih untuk mentadbir Negara bumi bertuah ini. Bolehkah Negara ini selamat di bawah tangan mereka, fikir-fikirkanlah.
 
 
 
Tengoklah budak ni, daripada pemuda UMNO menunjukkan kasut kepada Ketua Menteri Pulau Pinang. Dimanakah pekerti mulia  yang diajar oleh ibubapa mereka? Langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seorang islam, memalukan.
 
 
Wahai anak-anak sekolah janganlah kamu meniru tatalaku mereka-mereka yang di atas itu. Jadikanlah ianya sebagai sempadan antara budi pekerti mulia dan sifat-sifat haiwan.
 
Wassalam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan