Sabtu, 28 September 2013

IPP DI MALAYSIA RAKYAT MALAYSIA MENJADI MANGSA

Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia….
Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).
Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.
  1. YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
  2. Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  3. Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
  4. Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
  5. Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong
Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?
  • Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam
  • Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
  • Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara
Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :
  • Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
  • Ananda Krishnan (Maxis)
  • Lim Goh Tong (Genting)
  • Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)
Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :
  • Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
  • Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)
Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :
  • TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya
  • Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah
  • Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik
Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.
Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.
 
Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.
 
Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar “peti simpanan negara”. Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas.  Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.
 
Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada
  • RM16.974 billion (tahun 2009)
  • RM17.379 billion (tahun 2010)
Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.
 
Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :
Inilah yang dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.
EmailP/S : Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di Malaysia?
 
 
 
 
BERNIAGA DENGAN RAKYAT
 
 
KUALA LUMPUR 28 sept. - Tidak sukar untuk memahami sejarah penjana tenaga bebas
atau IPP di malaysia dengan perjanjian pembelian tenaga atau PPA yang BERAT
SEBELAH dan sememangnya sangatlah BERAT SEBELAH.

tapi amat sukar untuk Melayu Hutan yang m
engundi BN pada 5 may yang lalu menerima
KEBENARAN dimana dengan perjanjian tersebut, kerana maklumat tidak pernah sampai
pada mereka, malahan mereka juga memang tidak mahu tahu akan betapa LANUNnya
parti UMNO,

dan ternyatalah KERAjaan BN tunduk & menikus dengan kroni yang MENGAUT RM
BERATUS BILLION subsidi kerajaan malaysia selama hampir 20 tahun.

ini adalah senarai syarikat IPP. - Suruhanjaya Tenaga atau Energy Commission of
Malaysia, boleh di semak siapa PENGARAH syarikat tersebut dari no 1 hingga 5 iaitu
di KERAjaan Subsidi Kroni Matikan TNB, dan daripada temubual bekas ketua pegawai
eksekutif TNB, iaitu Tan Sri Ani Arope pada 6 Jun 2006

PPA generasi pertama dilakukan oleh TNB, tetapi mendapat bantahan kuat Tan Sri Ani Arope
kerana tiada persaingan terbuka projek tersebut dan malahan telah melanggar prinsip
perkongsian swasta + awam atau GLC, malah TNB juga di paksa menandatangani
perjanjian dengan TIADA apa apa RUNDINGAN iaitu Subsidi IPP Jana Letrik Tiada
Rundingan

Akibat daripada syarat perjanjian yang tidak adil itu, sebahagian besar hasil TNB mengalir
kepada IPP dan kini TNB terpaksa memikul IPP bagaikan Babi Hutan dan yang terima kesan
adalah rakyat Malaysia yang tidak mengundi BN pada pru 13 yang lalu,

mengikut pandangan Dr @tiewnama, yang juga PAKAR dalam bidang ekonomi kapitalis,
''TNB perlulah di kanunkan semula supaya ianya dapat di tanggung oleh kerajaan,
kerana jika letrik sebagai kemudahan asas rakyat malaysia di tanggung sepenuhnya
oleh kerajaan, maka kerajaan akan mendapat subsidi hebat dari rakyat'',

mengikut seorang lagi PAKAR dalam bidang RASIONALISASI Letrik, iaitu Profesor
@erapasca, '' jika dihitung dengan jumlah subsidi RM 49 Billion setahun
untuk IPP, jika kerajaan merampas semula sumber kemudahan asas untuk rakyat
ini dari syarikat2 penglipulara tenaga letrik ini'',

''maka kerajaan akan jimat RM 35 Billion setahun kerana kerajaan tidak berniaga
dengan rakyat, kerana untuk menjana tenaga letrik di seluruh malaysia, hanya
memerlukan RM 15 Billion saja setahun dengan pendapatan lebih dari RM 50 Billion
kepada kantung kerajaan''!


Rabu, 25 September 2013

UMNO ANAK EMAS PENJAJAH
 
Sebelum zaman Jepun, Kesatuan Melayu Muda (KMM) dibentuk dengan matlamatnya berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan di bawah kepimpinan Ibrahim Yaakob, dimana pada masa itu Umno belum pun ditubuhkan lagi. KMM di bawah Ibrahim Yaakob pada mulanya menawarkan kerjasama dengan Jepun untuk menuntut kemerdekaan dari British, seperti keadaan yang berlaku di Indonesia apabila gerakan-gerakan politik disana ingin bekerjasama dengan Jepun untuk memaksa kemerdekaan dari Belanda.

Apabila Jepun menakluki Tanah Melayu, Jepun tidak mahu memberikan kemerdekaan malah KMM diharamkan. Bagaimanapun selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia II, Tanah Melayu masih terus dikuasai penjajah dan tempat Jepun diambil semula oleh British. Faktanya Umno hanyalah ditubuhkan setelah kongress Melayu 1945 iaitu pada tahun 1946 dimana telah terdapat parti progresif yang lebih awal menuntut kemerdekaan.

Umno hanya muncul apabila orang melayu menghadapi projek British yang ingin menjadikan seluruh tanah melayu, yang sebelum ini dibahagikan kepada negeri selat dan bukan selat sebagai satu koloni yang besar sebagai Malayan Union. Pada masa itu barulah umno ditubuhkan dan kemudia berjuang untuk menentang Malayan Union sedangkan sebelum ini telah ada parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan yang terdiri daripada parti progresif dan berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malay (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Islam.

Apabila tertubuhnya Umno, parti-parti politik sebelum ini semakin terpinggir kerana sikap penjajah British yang terus berpihak kepada Umno. Penjajah British memulakan peranannya kerana penjajah tahu, slogan umno dari mula lagi adalah 'Hidup Melayu' bukan seperti parti progresif yang lain. Fakta sejarah ini jarang diperkatakan @ tak pernah pun diperkatakan oleh Umno yang berbangga mengistiharkan kononnya diri mereka sebagai pejuang kemerdekaan sebenar sedangkan sebelum kewujudan Umno, parti politik yang lain sudah pun berjuang untuk menuntut kemerdekaan.

KEMATIAN HENRY GURNEY MENDAPAT PENGHORMATAN UMNO
 
Pada awal tahun 1948, Kerajaan British malaya telah mengambil keputusan untuk mengharamkan gabungan-gabungan PUTERA-AMCJA beserta dengan semua parti-patri komponennya dan memenjarakan beberapa pemimpin utamanya atas alasan kononnya gerakan parti progresif telah berbahaya terhadap British. Hanya Umno sahaja yang tak diharamkan kerana Umno adalah sebuah parti politik yang boleh bekerjasama dengan British dan bersetuju secara amnya dengan dasar yang dibawa oleh British.

Maksudnya disini Erti Kemerdekaan sebenar ialah apa yang telah diperjuangkan dari Parti-parti Progresif, yang berhaluan kiri dan mahu menghalau penjajah bukan yang mahu bekerjasama dengan penjajah seperti Umno. Gelaran haluan kiri ini hanyalah gelaran yang diterbitkan oleh British kerana parti-parti progresif ini menentang British yang sepatutnya gerakan haluan kiri sepatutnya diberikan kepada Umno.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Umno telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat pun. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana UMNO waktu itu? Tak wujud pun lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , Umno belum pun wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyusun gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka belajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana Umno? Tak de lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA! Apa slogan Umno …. Ciiitttt nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin mereka di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, Umno buat apa ?..... pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya. British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijih dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat Umno untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimantan Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Brunei.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Brunei yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Brunei. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Brunei menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Brunei tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Tahlah setahu aku tarakkkkk!! Rakyat Sabah dan Sarawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil kisah pun tentang 31 Ogos. Parti Umno pun tak diterima di Sarawak sehingga ke hari ini...
 
 
Ini pun sejarah juga...bukan kelentong Sebab tulah Malaysia ni termasuk didalam negara-negara Komanwel. Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini dan semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel. Maknanya negara-negara yang merdeka dibawah jajahan British akan mengikut acuan yang telah dibentuk oleh British. Dari sudut fizikalnya memanglah kita dah dimerdekakan oleh British tetapi British dah meninggalkan satu legasi yang kekal iaitu Perlembagaan Persekutuan yang ditulis oleh Lord Reid yang menjadi acuan pemerintahan di negara kita....

 

Selasa, 24 September 2013

SISTEM EKKONOMI KAPITALIS
 
 
 
SISTEM EKONOMI KAPITALIS (SIAPA YANG UNTUNG)

1 peratus rakyat memiliki 99 peratus Kekayaan Negara dan 99 peratus rakyat merana dan hanya 1 peratus sahaja yang mampu menjadi jutawan dan orang terkaya. Apa erti semuanya ini. Ini bererti sistem ini telah gagal merakyatkan harta Negara. Kita telah 56 tahun merdeka tetapi rakyat menanggung hutang yang dilakukan oleh pemimpin Negara.

Hutang rakyat adalah yang kedua tertinggi di Asia. Bila hutang meningkat harga barang akan naik melambung. Rakyat akan digalakkan berhutang dan yang akan mengaut keuntungan adalah kaum-kaum pemodal.

Siapakah orang-orang yang termasuk dalam golongan pemodal? Mari sama-sama kita siasat.
1. Pemilik syarikat minyak.
2. Pemilik syarikat gula.a banyak
3. Pemilik syarikat kereta.
4. Pemilik syarikat motor
5. Pemilik syarikat pengangkutan.
6. dan, dan, dan ada banyak lagi syarikat yang tak dapat nak disebutkan satu persatu.

Mereka inilah yang mengaut keuntungan untuk poket masing-masing. Siapakah mereka-mereka ini? Mereka adalah pelabur-pelabur dari luar Negara, taukey-taukey dalam negeri dan kroni-kroni yang wujud dari dasar ekonomi baru. Mari kita lihat.

 

Apa fungsi sebenar SYABAS?
Asalnya penswastaan air Selangor telah diberikan oleh mantan Menteri Besar Tan Sri Mat Taib kepada mantan Bendahari UMNO Hulu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail.
Di kala itu, Rozali Ismail bukanlah seorang korporat macam sekarang. Dia tiada modal, tiada wang dan kepakaran dalam bidang pemberian air bersih kepada rakyat Selangor.
Pendedahan Menteri Besar Selangor menjelaskan segalanya. SYABAS cuma sebuah syarikat yang memakan untung atas angin semata-mata.

 

 
Ada banyak lagi syarikat seperti ini yang dimiliki oleh kroni-kroni. Jadi siapa yang mengaut kekayaan Negara? Jawablah sendiri. Merekalah yang 1 peratus dari jumlah penduduk Malaysia yang kaya raya. Apa hal pulak dengan rakyat teramai di Malaysia?
 
Mereka yang berkepentingan kepada kerajaan akan mendapat jagaan yang sempurna dari kerajaan. Siapakah mereka dan mengapa mereka? Ha, yang pertama pihak atasan polis, tentera, kehakiman, keagamaan,pihak-pihak atasan perkhidmatan awam yang ada hubungkait dengan kelancaran dan kesinambungan kuasa mereka. Mereka-mereka ini akan terpelihara dengan memuaskan.
 
 

 
Ada suatu statistic yang didapati dari sahabat maya mengatakan:
1 peratus rakyat memiliki 99 peratus Kekayaan Negara . 99 peratus rakyat merana dan hanya 1 peratus sahaja yang mampu menjadi jutawan dan orang terkaya di Malaysia.
Hutang rakyat adalah yang kedua tertinggi di Asia. Bila hutang meningkat harga barang akan melambung tinggi. Rakyat digalakkan berhutang dan yang akan mengaut keuntungan adalah kaum-kaum pemodal.
Harga yang melambung akan membebankan rakyat sedang golongan pemodal tidak menerima kesannya. Bagi pihak pak-pak menteri dan pegawai atasan tidak terkesan langsung dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini. Saudara Rafizi pernah mencadangkan supaya pak-pak menteri membayar dengan wang sendiri tapi mereka mempermainkan saudara Rafizi. Mana dia tranformasi slogan janji ditepati dan rakyat didahulukan. Semuanya pembohongan belaka. Saya boleh dedahkan pendapatan menteri berapa banyak tapi saya dihimpit berbagai akta rahsia. Tetapi sekatlah dengan apa pun rakyat pasti tahu.

 
 
 
DARI FACE BOOK

Sham Gee

496,500 rakyat Malaysia yang berkerja mempunyai gaji dibawah paras RM1000 dan 301,000 darinya adalah dari kalangan bangsa Melayu. Hebat-hebat.. Gaji ciput pun masih disuruh berjimat-cermat dan dipaksa berpantang makan. Siapa yang memerintah ni..? HIDUP MELAYU.
 
Sekian, untuk difikirkan bersama.
Pak Menteri dah tak boleh fikir lagi sebab poket dah sarat dengan duit rakyat.

Ahad, 22 September 2013

ANTARA SYIAH DAN UMNO SIAPA LEBIH JAHAT
 
 
Masihkah anda ingat mengenai seorang wanita dari Mongolia yang yang mati dibunuh di Malaysia? Pihak polis telah melakukan penyiasatan demi penyiasatan sehingga tertangkapnya dua orang yang terlibat dalam kes pembunuhan ini. Mahkamah telah memutuskan dua orang itu didapati bersalah membunuh wanita tersebut. Tetapi kedua lelaki itu dibenarkan membuat rayuan. Baru-baru ini mahkamah rayuan telah memutuskan pula kedua-dua lelaki itu tidak bersalah serta membebaskann mereka. Perkara ini amat mengejutkan dan telah menjadi bahan tertawa kepada rakyat jelata bahkan dunia amnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
TAULIAH DAN SEKATAN
 
Dalam Malaysia ni banyak sangat sekatan. kalau sekatan itu untuk membasmi pelacuran, perjudian, penjualan arak, disko dan kelab malam takpelah jugak tapi sekatan digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik. Tauliah dalam Malaysia digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyekat agama daripada berkembang. Yang peliknya ulama dalam kerajaan taat melulu untuk menyokong penyekatan ini, pada hal mereka-mereka ini tahu perbuatan menyekat ini salah tapi mengapa ianya berlaku juga cubalah kita fikir-fikirkan. Adakah kerana wang atau kedudukan? Dalam hal ini saya tabik hormatlah bekas mufti Selangor dulu. Beliau sanggup meletakkan jawatan demi kebenaran.
 
 
 
Bekas Mufti Perlis Datuk Asri pernah di tangkap kerana mengajar agama di Selangor dengan alasan tidak mempunyai tauliah. Penangkapan ini dipimpin oleh Datuk Khusrin sendiri. Apa hukum orang yang menghalang dakwah Islamiah dari berkembang? Jawablah sendiri.
 
 
Cuba lihat kegiatan ini pula, kenapa diam membisu? Ada beranikah mahu halang? Tentu termasuk kecut sipolan tu. 

 
 
Sepatutnya acara-acara sebigini yang perlu dipandang serius. Perlu kekuatan rohani untuk menegur ketua yang tersilap jalan.
 
 
Acara maksiat berkembang begitu pesat semasa pemerintahan UMNO. Perkara seperti ini perlu ada kekuatan untuk dihentikan. Tidak perlu kepit kitab ke hulu ke hilir sedangkan maksiat berleluasa semasa anda berkuasa. Fikir-fikirkanlah wahai tuan-tuan haji.
 
 
Pihak-pihak berkepentingan pula memberi mandat menyokong kegiatan ini. Bagaimana maksiat di Malaysia boleh terhapus kalau begini? Bagaimana rakyat mahu meletakkan kepercayaan kepada anda untuk menerajui negara ini? Ulama-ulama perlu ada keberanian untuk membasmi kegiatan ini.


Sabtu, 21 September 2013

 PEMBUNUHAN J.W.W.BIRCH
 
Gambar dari kiri Dato' Maharaja Lela, Sultan Abdullah dan Dato' Sagor
 
Sejarah Melayu membuktikan bahawa campur tangan Inggeris di negeri-negeri tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka banyak dicetuskan oleh masalah dalaman negeri-negeri tanah Melayu itu sendiri. Sebagai contoh, masalah yang berlaku di negeri Perak adalah disebabkan oleh kesilapan Raja Abdullah yang mengundang Inggeris ke Perak akibat perbalahan merebut takhta Sultan dengan Raja Bendahara Raja Ismail.
Lahirnya pejuang bangsa Melayu di Perak (di sini penulis menggunakan perkataan ‘pejuang’ daripada ‘penentang’) seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan Sultan Abdullah sendiri berlaku setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874.
Ada beberapa pendapat menyatakan bahawa Sultan Abdullah dan pengikutnya tidak layak diiktiraf sebagai pejuang bangsa ekoran daripada kesilapan mereka sendiri yang mengundang campur tangan Inggeris ke Perak. Sama ada pendapat tersebut betul atau tidak, hanya pembaca sahaja yang boleh menilai dan mentaksirkan daripada cerita yang berlaku sehinggalah pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875.
 
PEMBUNUHAN J.W.W. BIRCH DI PASIR SALAK
 
birch1
J.W.W Birch
Pembunuhan J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah Muhammad Shah II dan pembesar negeri terhadap tindak-tanduk Birch. Birch telah menggunakan kedudukannya sebagai Residen Inggeris di Perak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk membolehkannya mengambil alih kuasa kerja-kerja mengutip cukai daripada pembesar-pembesar Perak tetapi telah ditolak oleh Sultan Abdullah.
Pada 20hb Julai 1875, J.W.W Birch sekali lagi mendesak Sultan Abdullah menurunkan tandatangannya dan mengugut Sultan akan diturunkan daripada takhta seandainya baginda enggan menandatangani surat penyerahan kuasa tersebut. Akibatnya Sultan Abdullah terpaksa akur dengan ugutan Birch dan menandatangani surat perjanjian tersebut.
Rentetan daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi membincangkan perihal pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan Mac hingga September 1875.
 
Sultan Abdullah bersama-sama dengan JWW Birch, Raja Chulan (di atas riba Birch), Dato’ Laksamana, Swettenham dan Dato’ Syahbandar. Dato’ Sagor (bulatan) berdiri di belakang Sultan Abdullah. Gambar ini diambil di Bandar Bahru pada 1875
 
Saat J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak
 
J.W.W Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya. Birch ketika itu baru balik dari lawatannya di Pasir Salak untuk melihat kerja-kerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih pungutan cukai, dan bercadang untuk bermalam dalam perahu sebelum pulang ke Bandar Baru pada keesokkan hari.
Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela merejam lembing ke arah tempat Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh ke dalam sungai. Birch yang masih bernyawa berenang ke darat meminta pertolongan dan pada ketika itulah Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjangnya. Mayat Birch ditemui pada petang keesokkan harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian.
Kematian Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W Birch. Pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris di bawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang Melayu yang disyaki telah dibakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah diserang habis-habisan dan akhirnya ditawan. Askar-askar Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguhpun kekurangan senjata dan taktik peperangan, orang-orang Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris seperti yang berlaku di Kota Lama. Peperangan ini telah berlarutan sehingga tahun 1876 dan berakhir setelah semua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicarakan.
Asal-usul campur tangan Inggeris di Perak
Dipetik dari Wikipedia bahasa Melayu.
Hal ini bermula akibat daripada perselisihan merebut takhta kerajaan ekoran kemangkatan Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah, Sultan Perak ke-24 yang mangkat di Sayong pada tahun 1871. Raja Muda Abdullah yang bersemayam di Batak Rabit sepatutnya mudik ke Sayong untuk ditabalkan sebagai Sultan tetapi baginda enggan berbuat demikian. Ini telah menyebabkan jenazah Almarhum Sultan Ali tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi menyelesaikan masalah ini Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan.
 
RAJA ABDULLAH BERPAKAIAN INGGERIS
 

Akibat daripada peristiwa tersebut, berlakulah perselisihan faham yang berlarutan antara Raja Abdullah dengan Sultan Ismail. Di samping itu juga, terdapat pula pergaduhan besar dan sikap bermusuhan antara dua buah kongsi gelap pelombong-pelombong Cina, iaitu Ghee Hin dan Hai San di sekitar Kelian Puah dan Kelian Baharu dan berlarutan hingga ke negeri-negeri lain. Peperangan telah berlaku di sepanjang tahun 1861- 1862 dan 1871-1874.
Pergaduhan dan perselisihan faham bagi merebut takhta kerajaan ini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak Inggeris untuk mencampuri urusan dalaman negeri Perak supaya kepentingan mereka tidak terjejas dan kekayaan negeri Perak dapat dieksplotasi sepenuhnya bagi menampung keperluan ekonomi negara ibunda mereka.
Dengan kepintaran siasah dan ilmu penjajahan yang telah berkurun dipelajari, Inggeris telah berjaya memerangkap Raja Abdullah dan beberapa orang besar Perak untuk berunding di Pulau Pangkor. Wakil-wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San juga turut hadir bagi membalas jasa Inggeris yang telah banyak berbudi kepada mereka. Maka, pada 20 Februari 1874 berlakulah satu detik sejarah yang tidak akan dilupakan oleh orang-orang Melayu Perak dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu dengan termeterinya satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Pangkor.
Kejayaan Inggeris dalam babak pertama dalam siri penjajahan mereka di Tanah Melayu ini telah menjatuhkan martabat kuasa mutlak raja-raja Melayu terhadap tanah air mereka sendiri dengan hanya menjadi sultan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Urusan pentadbiran dan ekonomi dalam negeri diserah bulat-bulat kepada budi bicara Residen Inggeris yang secara langsung diberi tanggungjawab oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk melaksanakan rancangan pembangunan raksaksa sistem Residen.
Perjanjian Pangkor dan pelaksanaan sistem Residen ini pada dasarnya telah dapat meredakan seketika persengketaan antara golongan-golongan yang bersengketa di negeri Perak. Dengan bersenjatakan Perjanjian Pangkor, Inggeris beranggapan bahawa perjanjian ini akan dipatuhi oleh semua pihak dan tidak akan ditentang oleh orang-orang Melayu yang selama ini dianggap mudah dikotak-katikkan.
Orang-orang besar Perak dan Sultan Abdullah sendiri akhirnya menyedari akan kesilapan mereka menandatangani Perjanjian Pangkor yang secara langsung mengetepikan hak tradisi mereka dalam urusan kutipan cukai dan menguasai hasil mahsul dalam jajahan masing-masing. Akhirnya mereka telah mengambil jalan singkat dengan membunuh J.W.W Birch dan pengiring-pengiringnya di Pasir Salak pada 2 November 1875.
Sebelum kedatangan J.W.W. Birch, pembesar-pembesar Melayu telah berpecah tiga kerana merebutkan takhta berikutan kemangkatan Sultan Ali ibni Sultan Shahabuddin Riayat Shah, Sultan Perak ke-24 (1865-1871), tetapi tidaklah sampai merosakkan negeri Perak yang amat kaya dengan bijih timah itu. Kehadiran lelaki Inggeris, bertubuh kurus, bermisai melenting, berwajah bengis, berambut kerinting sebagai Residen Inggeris pertama Perak pada bulan Januari 1874 telah merubah landskap situasi politik dan pemerintahan di Perak.
J.W.W Birch merupakan seorang Residen yang paling angkuh, suka memperlekeh dan merendah-rendahkan kedaulatan Perak telah menerbitkan api dendam yang membara di dalam dada orang-orang besar Perak, sehinggakan terbit gerakan sulit untuk membunuh J.W.W Birch.

KESIMPULAN

 
Campur tangan Inggeris di negeri Perak bukan sahaja dicetuskan oleh Sultan Abdullah bahkan dicetuskan oleh salah satu kongsi gelap pelombong Cina di Perak bernama Ghee Hin.
Menurut sumber dari buku “The Golden Chersonese and The Way Thither” (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan anak-anak), Raja Abdullah telah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching untuk merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke, meminta pertolongan campur tangan Inggeris di Perak. Begitu juga dengan kongsi gelap Ghee Hin yang mengutus surat meminta pertolongan daripada pihak Inggeris.
Rentetan campur tangan Inggeris menyebabkan Perak terpaksa menerima seorang Residen British, iaitu J.W.W Birch. Akibat daripada tindak-tanduk dan keangkuhan Birch serta ekoran daripada Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah dan pengikut-pengikutnya bangkit menentang Inggeris di Perak sehinggalah membawa kepada pembunuhan Birch.
Pembesar-pembesar Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch akhirnya ditangkap setelah mereka menyerah diri. Ramai antara mereka yang dihukum gantung dan dibuang negeri, diasingkan di Pulau Seychelles di Lautan Hindi termasuklah Sultan Abdullah.