DUNIA SEDANG MENUJU KEHANCURAN
Kekejaman terbaru manusia berhati binatang,
Bashar al-Assad di Syria telah meragut lebih 100 nyawa dalam masa seminggu yang
lepas. Di Kahtaniyeh, sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan terbunuh, termasuk
lapan kanak-kanak, apabila kereta kebal tentera Syria menggempur sebuah kampung
di wilayah utara negara itu pada 26 Disember lalu.
Penunjuk perasaan tidak bersenjata ditembak secara tidak berperikemanusaan di Ismailia, Mesir.
Lebih kejam lagi saudaranya Jeneral Fatteh al-Sisi, Khalid Lutfi al-Sisi, 46, seorang jurutera meninggal dunia ditembak tentera dan pasukan keselamatan di Dataran Adawiya pada Rabu lepas (sila rujuk www.middleeastmonitor.com).
Kes seorang ayah, pegawai tentera membunuh anak sendiri semasa demonstrasi harus memperlihatkan kekejaman yang berterusan.
Kematian anak perempuan seorang tokoh kanan Ikhwan Dr Mohamed el-Beltagi, berusia17 tahun bernama Asmaa, kematian seorang budak berusia 10 tahun dan paling sedih kematian cucu pengasas Ikhwan Muslimin (IM), Hasan al-Banna, Dr Khalid al-Banna di tangan pihak tentera di Dataran Ramses.
Sehingga rencana ini ditulis laporan di Twitter menyebut pihak tentera telah mengepung dan menyemburkan gas pemedih mata di Masjid Al Fateh di Dataran Ramsis di mana terdapat lebih kurang 400 orang yang berada di dalamnya.
Jika diteliti dalam demontrasi ini penunjuk perasaan tiada memiliki senjata dan peluru. Apa yang mereka ada hanyalah segenggam tangan dan kutipan batu yang tersedia di jalan untuk dilontarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan